POCO baru-baru ini memperkenalkan model terbaharu dalam siri mereka, POCO M7 Pro 5G, yang membawakan teknologi 5G serta pelbagai penambahbaikan dari segi prestasi, kamera, dan paparan – semuanya pada harga yang mesra bajet.
Telefon ini direka khas untuk mereka yang mahukan pengalaman hiburan berkualiti tinggi. Dengan keupayaan setanding flagship, POCO M7 Pro 5G dijangka menjadi telefon 5G paling berkuasa dalam kelasnya.

Dari segi prestasi, POCO M7 Pro 5G dikuasakan cip pemproses Dimensity 7025-Ultra, yang memberikan pengalaman permainan mudah alih lancar dengan sokongan 5G. Gabungan memori pantas LPDDR4X sehingga 12GB dan storan UFS 2.2 sebesar 256GB memastikan prestasi optimum untuk pelbagai aplikasi. Tambahan pula, teknologi pengembangan RAM membolehkan kelancaran multitugas, sesuai untuk pengguna kasual mahupun peminat teknologi.
Untuk bateri pula, POCO M7 Pro 5G dilengkapi kapasiti besar 5110mAh dan pengecasan pantas 45W, menjanjikan penggunaan sepanjang hari. Ia juga disahkan oleh TÜV Rheinland untuk ketahanan jangka panjang, dengan keupayaan mengekalkan lebih 80% prestasi selepas lebih 1600 kitaran cas.
Tambahan ciri pintar seperti pengurusan kesihatan bateri dan teknologi pembaikan automatik membantu memanjangkan jangka hayat bateri dan prestasi telefon.
Bagi mereka yang gemar menikmati kandungan hiburan, telefon ini menawarkan paparan AMOLED 6.67” dengan kecerahan sehingga 2100 nits – tertinggi dalam siri POCO M. Paparan ini turut disokong kadar segar semula 120Hz dan teknologi sentuhan pantas, sesuai untuk permainan dan video.

Dilengkapi sistem audio dwi pembesar suara dengan Dolby Atmos dan Hi-Res Audio, pengalaman mendengar juga dipertingkatkan. Kamera belakang utama 50MP menggunakan sensor Sony IMX882 serta sokongan OIS dan EIS untuk hasil gambar lebih stabil dan jelas, manakala kamera swafoto 20MP pula menyokong AI wide-angle. Semua ini dihasilkan dalam rekaan bergaya, nipis dan ringan, serta kalis percikan dan debu – menjadikan POCO M7 Pro 5G pilihan terbaik bagi pengguna moden.
Model ini kini boleh didapati di Malaysia dalam warna Green, Silver, dan Purple dengan promosi early bird sehingga 17 April:
POCO M7 Pro 8GB+256GB – RM999 (RM799 early bird)
POCO M7 Pro 12GB+256GB – RM1,099 (RM899 early bird)

setahun yang lepas