Pokemon Champions adalah permainan video baru francais Pokemon di mana akan memberi fokus besar kepada battle sahaja.
Permainan ini akan memberi fokus besar kepada Pokemon battle yang membawa kesemua gimik Pokemon ke dalam satu permainan video.
Ini bermakna anda boleh menggunakan Mega Evolution untuk berlawan dengan Pokemon yang menggunakan Terastallization.
Permainan ini akan dikeluarkan untuk pelantar Nintendo Switch dan juga peranti mudah alih.

Foto: The Pokemon Company
Battle yang diberi fokus adalah dua lawan dua sama seperti format VGC kompetitif.
Anda juga boleh menggunakan Pokemon Home atau membawa Pokemon yang anda mahu gunakan terus daripada permainan video Pokemon anda.
Berkemungkinan besar gimik lain seperti Gigantamax, Z-moves dan lain-lain juga akan hadir ke Pokemon Champions.
Pelancaran Pokemon Champions akan diumumkan nanti oleh The Pokemon Company.

setahun yang lepas