Pokemon Sleep kini pemegang Guinness World Records untuk aplikasi game tidur paling banyak dimuat turun

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Pokemon Sleep kini berjaya memasuki Guinness World Records untuk jumlah muat turun bagi aplikasi permainan video paling banyak dalam dunia.

Hanya dalam dua tahun, lebih 28 juta muat turun telah dibuat dengan lebih 1 bilion sesi tidue telah dibuat.

Untuk yang tidak mengetahui, Pokemon Sleep adalah aplikasi mudah alih yang menukarkan tidur anda menjadi lebih menyeronokkan dan ditambah dengan ganjaran Pokemon.

Foto: The Pokemon Company

Anda perlu meletakkan telefon anda disebelah sebelum tidur dan aplikasi ini akan menganalisa corak tidur anda.

Dengan mengikut jenis dan kualiti tidur anda, Pokemon yang berbeza-beza akan muncul dengan gaya tidur yang berbeza-beza. Aplikasi ini telah berjaya menggabungkan hiburan dan kesihatan.

“Kami akan sentiasa berusaha untuk memastikan tidur menjadi salah satu perkara yang menyeronokkan dalam kehidupan anda,” ujar Takato Utsunomiya Ketua Pegawai Operasi The Pokemon Company.

Anda boleh muat turun Pokemon Sleep di Google Playstore dan Apple Appstore.

RELATED NEWS

+