PRISM+ hari ini melancarkan siri peti sejuk baharu, PRISM+ PureFresh Refrigerators & Mini Bars yang menawarkan penyelesaian penyimpanan moden pada harga berpatutan. Peti sejuk 4-pintu PureFresh tersedia dalam kapasiti 580L dan 700L dengan kemasan Inox dan Gentle Matte Black, manakala model Side-by-Side menawarkan kapasiti lebih besar iaitu 720L."> PRISM+ hari ini melancarkan siri peti sejuk baharu, PRISM+ PureFresh Refrigerators & Mini Bars yang menawarkan penyelesaian penyimpanan moden pada harga berpatutan. Peti sejuk 4-pintu PureFresh tersedia dalam kapasiti 580L dan 700L dengan kemasan Inox dan Gentle Matte Black, manakala model Side-by-Side menawarkan kapasiti lebih besar iaitu 720L." /> PRISM+ hari ini melancarkan siri peti sejuk baharu, PRISM+ PureFresh Refrigerators & Mini Bars yang menawarkan penyelesaian penyimpanan moden pada harga berpatutan. Peti sejuk 4-pintu PureFresh tersedia dalam kapasiti 580L dan 700L dengan kemasan Inox dan Gentle Matte Black, manakala model Side-by-Side menawarkan kapasiti lebih besar iaitu 720L." />

PRISM+ perkenal peti sejuk PureFresh dan juga mini bar

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

PRISM+ hari ini melancarkan siri peti sejuk baharu, PRISM+ PureFresh Refrigerators & Mini Bars yang menawarkan penyelesaian penyimpanan moden pada harga berpatutan. Peti sejuk 4-pintu PureFresh tersedia dalam kapasiti 580L dan 700L dengan kemasan Inox dan Gentle Matte Black, manakala model Side-by-Side menawarkan kapasiti lebih besar iaitu 720L.

Semua model dilengkapi teknologi No Frost untuk mengelakkan pembentukan ais, pemampat inverter cekap tenaga, serta sistem Multi-Zone Cooling yang mengekalkan kesegaran makanan lebih lama.

Harga PRISM+ PureFresh bermula daripada RM1,999 untuk model 4-Door 580L dan RM2,599 untuk model 4-Door 700L serta Side-by-Side 720L.

Untuk ruang lebih kecil, PRISM+ memperkenalkan Mini Bar Fridges dalam model MB 50 dan MB 90, dengan rekaan padat serta pilihan warna Inox dan Black Inox. Mini Bar ini direka untuk penyejukan cekap tenaga dan dilengkapi ciri praktikal seperti Fresh Food Zone, Crisper Drawer, dan Adjustable Thermostat. Kesemua peti sejuk PureFresh hadir dengan jaminan pemampat selama 12 tahun untuk ketahanan jangka panjang.

Mini Bar Fridges ini bermula dari RM359 untuk MB 50 dan RM459 untuk MB 90. Semua model boleh dipra-tempah bermula 6 Mac ini secara eksklusif di laman web ini.

Menurut Eric Kam, Pengarah Negara PRISM+ Malaysia, “Kami di PRISM+ sentiasa berusaha membawa inovasi yang praktikal dan mampu milik untuk pengguna. Dengan pelancaran kipas siling modular pertama di Malaysia dan peti sejuk berteknologi pintar pada harga kompetitif, kami komited dalam menawarkan produk berkualiti tinggi yang meningkatkan gaya hidup harian,”

RELATED NEWS

+