Razer perkenal kusyen kerusi gaming yang boleh bergegar

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Razer kini memperkenalkan kusyen kerusi gaming yang mempunyai  haptic feedback.

Digelar Razer Freyja, kerusi ini mempunyai enam bahagian dimana setiap kusyen mempunyai motor untuk bergegar mengikut aksi, bunyi dan musik.

Foto: Razer

Idea ini dibuat adalah untuk memastikan para gamer lebih mengasyikkan ketika bermain.

Setakat ini hanya Final Fantasy XVI, Hogwarts Legacy, Silent Hill dan Showrunner yang mempunyai fungsi untuk bergegar.

Foto: Razer

Setiap aksi berbeza akan membuatkan kusyen berbeza yang bergegar.

Menurut PCGamer, sebagai contoh, jika anda menghayunkan pedang bahagian atas kusyen yang akan bergegar dan gegaran itu akan menurun ke bawah mengikut serangan pedang itu.

Kerusi ini juga sesuai untuk para peminat permainan lumba dimana gegaran semasa berlumba juga akan disimulasikan ketika berlumba.

Razer Frejya akan dijual dengan harga AS$ 300 (RM 1230.60) dan boleh dibeli di kedai rasmi Razer.

 

RELATED NEWS

+