Red Candle Games bangunkan permainan 2D ala Sekiro

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Pembangun permainan daripada Taiwan, Red Candle Games, baru-baru ini mengumumkan sedang membangunkan sebuah permainan aksi 2D ala-Sekiro, Nine Sols.

Melalui ciapan mereka, Nine Sols dihuraikan sebagai permainan yang kaya dengan penceritaan, dan fantasi. 

“Mengembara sebuah tanah milik bangsa makhluk asing purba dan ikuti pengembaraan hero penuh dendam untuk hapuskan 9 Sols, pemerintah yang menggerunkan.”

Permainan ini dikatakan memerlukan tindak balas yang pantas dan kesabaran yang tinggi daripada pemain semasa menghadapi sebarang pertarungan, sama seperti permainan Sekiro: Shadow Die Twice.

Buat masa ini, platform dan tarikh pelancaran bagi Nine Sols masih belum diumumkan.

Sumber: Polygon

RELATED NEWS

+