REDMAGIC sekali lagi membuktikan kehebatannya dalam arena permainan mudah alih dengan memperkenalkan REDMAGIC 10S Pro.
Ia adalah sebuah telefon pintar yang bukan sekadar berkuasa, malah direka khusus untuk pengalaman permainan yang lebih pintar, lancar dan imersif. Menggabungkan teknologi cip terkini Snapdragon 8 Elite Leading Version dan sistem penyejukan ICE-X yang dinaik taraf, peranti ini dilengkapi ciri hebat seperti skrin ultra-lancar 144Hz tanpa takuk, bateri gergasi 7,050mAh, pengecasan pantas 80W dan kapasiti memori sehingga 24GB RAM serta 1TB storan.
x
Segala spesifikasi ini menjadikan REDMAGIC 10S Pro sebagai pilihan utama buat pemain tegar yang mahukan prestasi tertinggi dalam genggaman.
REDMAGIC 10S Pro tidak hanya fokus pada kuasa pemprosesan, tetapi juga memastikan suhu peranti kekal stabil walaupun dalam sesi permainan yang panjang. Teknologi penyejukan ICE-X generasi baharu bersama Liquid Metal 2.0 dan kipas turbo senyap memastikan prestasi konsisten tanpa isu kepanasan.
Paparannya pula menampilkan skrin AMOLED berkualiti tinggi dengan kadar segar semula 144Hz dan kecerahan maksimum 2,000 nits — memberikan pengalaman visual yang tajam dan respons sentuhan yang sangat tepat, penting untuk permainan pantas seperti FPS atau MOBA. Dengan pelbagai teknologi sokongan, skrin ini bukan sekadar cantik, tapi benar-benar berfungsi mengikut keperluan pemain moden.

Lebih daripada sekadar peranti permainan, REDMAGIC 10S Pro turut hadir dengan fungsi AI canggih menerusi integrasi Google Gemini. Ciri seperti terjemahan masa nyata, suntingan gambar pintar dan pencarian berasaskan skrin menjadikan telefon ini sesuai digunakan dalam kehidupan harian.
Sambungan generasi baharu seperti 5G, NFC, dan pelbagai mod pintar turut menjamin kelancaran penggunaan di mana sahaja. Telefon ini ditawarkan dalam beberapa varian, dengan harga bermula RM3,199 untuk tempoh promosi dan hadiah percuma bernilai RM199.
Pelancaran rasmi bermula 24 Jun di platform popular seperti Shopee, Lazada, TikTok Shop dan laman rasmi REDMAGIC.

setahun yang lepas