Redmi 14C harga mampu milik – harga RM449 dengan skrin 6.88 inci, bateri 5,160mAh

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Xiaomi hari ini memperkenalkan Redmi 14C yang menggabungkan rekaan menarik dan prestasi hebat untuk kehidupan seharian.

Ia adalah model dengan rekaan ultra-slim 8.22mm dengan dua warna menawan, Midnight Black dan Dreamy Purple. Pengguna juga boleh memilih Sage Green untuk tekstur matte atau Starry Blue untuk rekaan rel bintang.

 

Peranti pintar ini dilengkapkan dengan bateri 5,160mAh dengan cip pemprosesan MediaTek Helio G81-Ultra octa-core dan 16GB RAM.

Dari segi kamera, ia dilengkapi dengan 50MP kamera utama dan 13MP kamera depan yang sesuai untuk rakaman foto dalam cahaya malap.

Redmi 14C bakal dijual bermula 13 September ini dengan empat warna dan harga bermula dari RM449 (6GB+128GB) dan RM599 (8GB+256GB). Anda boleh mendapatkannya di kedai rasmi Xiaomi dan stor dalam talian iaitu Shopee dan Lazada.

RELATED NEWS

+