Remaja 14 tahun dijumpai mati selepas pergaduhan dengan ibu kerana bermain game

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

INDIA – Pergaduhan diantara ibu dan anak berakhir dalam tragedi apabila remaja berumur 14 tahun itu telah mengambil nyawanya sendiri.

Menurut laporan dari India Today, pada malam itu remaja tersebut telah dimarahi oleh ibunya kerana bermain permainan video sehingga lewat malam, dan sebaliknya perlu memberi fokus kepada pembelajaran.

Foto: KRAFTON Inc

Mendiang telah dijumpai meninggal dunia pada malam yang sama oleh ibunya.

Remaja itu telah menggantung dirinya ke kipas siling dan ibunya bernama Kumodini dilaporkan pengsan akibat terkejut dengan perkara ini.

Lebih menyedihkan keluarga itu baru sahaja berpindah ke Lucknow setelah ayahnya seorang pegawai polis ditukarkan ke situ.

Foto: KRAFTON Inc

Remaja tersebut adalah anak kedua kepada keluarga tersebut. Abangnya masih berada di Odisha bersama-sama datuk dan neneknya.

Tiada tuduhan formal telah dibuat ke atas keluarga itu tetapi polis telah memulakan penyiasatan mendapati tiada jenayah yang berlaku.

Perkara ini sangat membimbangkan sekarang dan ibu bapa perlu memberi fokus kepada kesihatan mental anak-anak mereka.

Permainan video yang sepatutnya menjadi pelantar melepaskan stres berakhir sebagai tragedi buat keluarga ini.

 

*Jika anda memerlukan bantuan anda boleh menelefon Talian HEAL 15555 Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendapat sokongan dan nasihat.*

 

RELATED NEWS

+