Berlaku di Ghaziabad, India, tiga adik-beradik berumur 12, 14 dan 16 tahun nekad dan terjun dari tingkat sembilan rumah mereka.
Sebelum kejadian ini berlaku, mereka telah bergaduh dengan ibu bapa mereka kerana telah mengharamkan mereka dari bermain telefon dan permainan video yang mereka ketagih.

Foto: NYPost
Salah seorang anak itu memberikan nota terkakhir kepada ibubapanya dan kejadian ini berlaku pada jam 2.15 pagi waktu tempatan di sana.
“Maaf, Papa… kami tidak akan tinggalkan Korea. Korea adalah hidup kami dan Papa tidak boleh paksa kali tinggalkannya,” nota yang dikongsikan.
Menurut laporan di NDTV, Chetan Kumar bapa kepada ketiga-tiga anak tersebut mengatakan anak-anaknya terlalu ketagih kepada satu game atas talian.
Tiga beradik itu bernama Pakhi (12), Prachi (14) dan Nishika (16) dilaporkan ketagih dengan satu permainan video Korea yang memberikan tugasan kepada pemain yang digelar “We are not Indian” yang mengambil inspirasi permainan dating dari Korea tetapi dengan tambahan tugasan/quest lain.
Game apakah “We are not Indian”?
Laporan mengatakan permainan ini mempunyai struktur sama seperti game “Blue Whale Challenge” iaitu permainan dari Rusia.
Permainan itu dikatakan mempunyai cabaran sehingga 50 hari, dan pada hari yang ke-50, cabaran terakhir adalah untuk pemain menyakitkan diri sendiri.
Blue Whale Challenge telah dilaporkan sebagai “suicide game” yang direka khas untuk remaja. Banyak laporan kematian berkaitan permainan ini pada tahun 2016-2019.

Dalam game Blue Whale Challenge, pada awalnya hanya memberikan tugasan-tugasan mudah seperti “Bangun telah malam” atau “Tonton filem seram”. Tetapi semakin lama semakin pelik tugasan yang diberikan.
“Berdiri di tepi bangunan tinggi.” “Potong bentuk ikan paus di tangan.” sehinggalah tugasan terakhir yang menyuruh pemain mengambil nyawa mereka sendiri.
Masih dalam siasatan
“Perkara sebegini tidak patut berlaku ke atas mana-mana anak atau ibubapa,” ujar bapanya.
Menurut HindustanTimes, polis Uttar Pradesh mengatakan dalam nota pembunuhan diri tiada memberitahu mengenai permainan yang mereka main tetapi ketiga-tiga mereka sangat terpengaruh dengan budaya Korea.
Saksi juga mengatakan ia seolah-olah ketiga-tiganya jatuh apabila seorang lompat dan dua orang lagi terjatuh setelah cuba menyelamatkannya.

Foto: NYPost
Siasatan juga mendapati bapa mereka kini sedang berhutang dan ketiga-tiga anaknya tidak bersekolah akibat masalah kewangan. Difahamkan mereka tidak lagi bersekolah sejak dua tahun lepas.
Bapa mereka dikatakan telah menjual telefon mereka untuk membayar bil elektrik dan juga mengugut anak mereka untuk dikahwinkan.
Masih belum ada kata putus dari pihak polis India setakat ini samada kes ini berpunca dari tidak dapat bermain game tersebut atau disuruh oleh game tersebut.
Meminta bantuan, adalah tanda kekuatan.
Jika anda atau sesiapa yang anda kenal dalam keadaan kesunyian, tertekan, atau mengalami fikiran negatif, mohon telefon talian Malaysia ini:
1. BEFRIENDERS KL
24-jam
Tel: +603-76272929
Emel: [email protected]
Website | Facebook | Twitter
2. TALIAN KASIH
24-jam
Tel: 15999
WhatsApp: +6019-2615999
Emel: [email protected]
Website | Facebook
3. BUDDY BEAR CHILDLINE
Setiap Hari (12 tengahari – 12pagi)
Tel: 1800-18-2327
Emel: [email protected]
Facebook | Instagram

setahun yang lepas