Monster Hunter Wilds (MHWilds) ternyata menjadi pelancaran permainan video paling besar tahun ini. Francais ini dahulunya selalu dianggap sebagai francais yang bukan untuk semua orang.
Tetapi selepas datangnya Monster Hunter Wilds sudah semestinya menarik lebih ramai pemain mencuba Monster Hunter disamping memecah rekod di Steam.
Monster Hunter Wilds adalah siri yang sangat bercita-cita tinggi.
Monster Hunter Wilds cuba menjadi lebih kompleks

Foto: Capcom
Walaupun dengan masalah ini, Monster Hunter Wilds adalah antara yang paling kompleks dalam francais ini. Terdapat lebih 14 senjata untuk anda mahir dengan tambahan pelbagai item dan equipment untuk didapati. Anda akan sentiasa mencari monsters untuk meneruskan pengembaraan anda ke kesemua jenis map yang ada.
Monsters yang ada pula kali ini sangat mengancam dan menarik disamping mempunyai animasi yang lebih realistik.
Sama seperti Monster Hunter sebelum ini, tutorial pemain tetap diberikan tetapi tutorial ini ditambah dengan banyak mekanisme dan cara berlawan boleh menjadi sangat tidak mesra pemain baharu. Permainan juga tidak terlalu memberi anda kebebasan sehingga anda sudah beberapa jam bermain MHWilds.
Gameplay atau permainan Monster Hunter Wilds menjadi fokus yang menyebabkan ramai sukakan permainan ini.
Walaupun ramai mengatakan Monster Hunter Wilds adalah mudah, hal ini disebabkan ramai pemain-pemain lama yang biasa dan sudah mahir dengan cara permainan francais Monster Hunter. Masih terdapat beberapa monster yang tidaklah semudah yang disangka.
Permainan akan menjadi semakin susah apabila Capcom memperkenalkan monsters yang rumit seperti Alatreon dan Fatalis.
Map yang lebih besar

Foto: Capcom
Monster Hunter Wilds memperkenalkan map yang lebih besar dan terbuka.
Digelar Forbidden Lands, terdapat 5 biom yang anda akan terokai iaitu Windward Plains, Scarlet Forest, Iceshard Cliffs, Oilwell Basin, dan Ruins of Wyveria.

Foto: Capcom
Setiap biom mempunyai ekologi yang berbeza-beza membuatkan anda berada di dalam satu dunia yang lebih besar dan anda boleh pergi ke biom yang berbeza-beza dengan mudah secara manual menggunakan Seikret atau Fast Travel.
Penceritaan Monster Hunter Wilds
Penceritaan MHWilds adalah biasa sahaja tetapi terdapat beberapa babak yang membuat anda terpegun melihatnya.
Kali ini anda adalah Hunter yang ditugaskan untuk meneroka tempat yang digelar Forbidden Lands bersama hunter-hunter yang lain.

Foto: Capcom
Semuanya bermula apabila anda berjumpa dengan seorang budak lelaki bernama Nata. Dia menceritakan mengenai Forbidden Lands dan juga raksasa yang menyerang orangnya yang digelar White Wraith.
Pengembaraan di Forbidden Lands juga akan disertai rakan-rakan iaitu Gemma seorang blacksmith, Palico anda, dan Alma sebagai pengendali Hunters.
Cerita untuk Monster Hunter Wilds kali ini tidak terlalu lama dan memerlukan anda 30-40 jam untuk dihabiskan.
Monsters dalam Monster Hunter Wilds
Foto: Capcom
Raksasa dalam Monster Hunter Wilds direka dengan penuh teliti. Setiap raksasa tidak kira besar atau kecil sangat sesuai dengan kewujudan mereka di dalam habitat masing-masing.
Monster Hunter Wilds juga membuat perangai dan karakter setiap raksasa sesuai dengan biom yang mereka tinggal.
Tambahan lagi, monsters mempunyai perangai yang unik dan boleh dilihat ketika anda mengembara dalam Forbidden Lands.
Senjata Monster Hunter Wilds
14 senjata diberikan kepada semua pemain untuk dipilih.
Focus Mode adalah mekanik baharu dimana anda boleh menyerang bahagian badan monster dengan lebih berkesan. Monster kini akan tercedera dan menunjukkan wound untuk diserang oleh anda dalam Focus Mode.

Foto: Capcom
Jika anda sukakan pergerakan dan serangan seperti anime gunakan Long Sword. Jika anda mahu senjata yang boleh membuat pelbagai kombo gunakan Sword & Shield. Minat pedang besar? Gunakan Great Sword. Mahukan senjata jarak jauh? Bow, Light Bowgun dan Heavy Bowgun pilihan anda. Mahukan permainan dengan pertahanan tinggi? Gunakan Lance dan Gunlance. Mahu rasa pantas seperti Levi dari Attack On Titan? Gunakan Dual Blades. Mahukan senjata yang lebih teknikal? Gunakan Charge Blade atau Switch Axe.
Kesemua 14 senjata adalah unik dengan cara permainan yang berbeza. Anda dinasihatkan untuk mencari senjata yang anda suka dan sesuai dengan cara permainan anda. Pemain pasti akan mempunyai senjata kegemaran masing-masing.
Hunting Horn menjadi pilihan untuk saya dalam Monster Hunter Wilds di mana anda menggunakan lagu untuk buff karakter dan rakan pasukan disamping membuat damage kepada monster yang ada.
Anda juga boleh membawa dua senjata serentak yang boleh ditukar-tukar ketika berlawan. Sebagai contoh membawa Great Sword dan Hammer serentak untuk ditukar selepas anda berjaya memotong ekor monster bagi memberi fokus lain kepada kepala monster pula.
Masalah Optimasi bagi PC
Walaupun untuk pelantar PC, MHWilds masih perlu dioptimumkan supaya pemain boleh bermain dengan lebih baik. Capcom sendiri walaubagaimanapun berjaya untuk menggunakan RE Engine sepenuhnya. Sama seperti Dragon’s Dogma 2, permainan video dunia terbuka sangat sukar untuk dioptimumkan pada skala sebesar ini.
Saya tidaklah menggunakan PC spesifikasi tinggi untuk Monster Hunter Wilds, tetapi memenuhi kriteria spesifikasi minimum iaitu NVIDIA 2060 dengan 16GB RAM dan menggunakan SSD untuk bermain. PC saya tidak mampu untuk mencapai 60fps tanpa Frame Generation.
Jika anda mempunyai spesifikasi yang hanya cukup makan, anda memerlukan Frame Generation untuk mendapat FPS yang lebih tinggi untuk membantu prestasi permainan ini.
Disamping itu komuniti mod MHWilds juga sangat membantu untuk memastikan permainan ini lebih stabil untuk dimainkan.
Ramai mengharap Capcom sendiri akan membuat cubaan untuk mengoptimasikan permainan ini menjadi lebih baik.
Kesimpulan

Foto: Capcom
Monster Hunter Wilds mempunyai mekanik yang sangat mendalam dan unik lain dari Monster Hunter lain. Dunianya juga besar dengan hunt yang sentiasa membuat anda rasa terpegun dengan suasana ketika bermain.
Tetapi keperluan anda untuk perlu belajar banyak perkara pada masa yang sama mungkin sedikit sukar buat orang yang pertama kali bermain Monster Hunter. Masalah optimasi juga perlu dibaik pulih supaya lebih ramai bole mencuba Monster Hunter Wilds.
SKOR MONSTER HUNTER WILDS: 9/10
Anda boleh bermain Monster Hunter Wilds di pelantar PC, PlayStation 5, dan Xbox Series X|S.

setahun yang lepas