Rileks Je, Takyah Toksik: Jom Lepak & Game Tanpa Drama di ATO Cafe

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

MyGameOn dan SAYS Tech dengan bangganya akan membuat satu sesi lepak santai di ATO Cafe hujung bulan ini pada 27 September pada jam 12 tengah hari hingga 5 petang di ATO Cafe.

Buat pengetahuan orang ramai, “Rileks Je, Takyah Toksik” adalah satu kolaborasi memberi fokus mengekang pembulian siber sekaligus mempromosikan kesihatan mental dalam komuniti permainan video Malaysia.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (MGO) (@mygameondotmy)

Rileks Je, Takyah Toksik ingin mengajak semua pemain, pencipta kandungan dan peminat untuk bersama-sama membina dunia digital yang lebih selamat.

Foto: MyGameOn

Pihak MyGameOn dan SAYS Tech ingin menjemput semua para gamer, keluarga, pencipta kandungan, cosplayers untuk memeriahkan lagi acara santai ini.

Aktiviti Rileks Je, Takyah Toksik di ATO Cafe

Foto: MyGameOn

  • Pengunjung terawal akan mendapat goodie beg khas dari MyGameOn dan SAYS Tech.
  • Satu sesi perkongsian santai bersama-sama orang industri esukan Malaysia
  • Fun Match MLBB
  • Cabutan Bertuah

Acara di ATO Cafe akan mempunyai pelbagai aktiviti seperti bermain arcade, console, mobile, boardgame atau tabletop, booth dan macam-macam lagi.

Nak main konsol, mobile, boardgame atau tabletop? Semua FREE untuk korang enjoy! Untuk arked, korang boleh spend minimum RM20 untuk 2 token (promosi sempena event ni).

Jangan lupa ajak semua kawan-kawan dan keluarga untuk bersantai saling kenal mengenali sambil bermain game. Jumpa di sana!

Pendaftaran (RSVP) Lepak Session Rileks Je, Takyah Toksik

Maklumat lanjut Rileks Je, Takyah Toksik boleh didapati di laman rasmi Rileks Je, Takyah Toksik, Facebook, dan Instagram MyGameOn.

Acara On-Ground Rileks Je, Takyah Toksik

RELATED NEWS

+