Royale Chulan Damansara memperkenalkan Royale Chulan Gaming Arena, sebuah pusat esukan yang dibina bagi menyokong komuniti permainan video tempatan yang semakin berkembang. Pelancaran rasmi ini dimeriahkan dengan sesi Meet & Greet eksklusif bersama pasukan CG Esports pada 5 Julai lalu.
Ketika acara itu berlangsung, peminat berpeluang berjumpa dengan pemain kegemaran mereka, mendapatkan barangan eksklusif, dan menyaksikan aksi perlawanan persahabatan serta aktiviti interaktif. Arena ini juga akan menjadi pusat latihan rasmi CG Esports bagi musim baharu Liga Profesional MLBB (MPL) iaitu musim ke-16 selepas kejayaan mereka menjadi juara MAL MY S3.
Kerjasama ini turut melibatkan Todak Culture sebagai rakan gaya hidup rasmi, menyediakan kerusi ergonomik berprestasi tinggi di arena. Rakan teknologi seperti SHARP dan Samsung mempertingkatkan lagi suasana arena dengan teknologi terkini termasuk TV 4K, air purifier dan monitor gaming berprestasi tinggi.
RCG juga dikuasakan oleh ZOTAC, manakala WTM dan Zush tampil sebagai rakan media dan jersi rasmi.
Foto: CG Esports

setahun yang lepas