“Saya rasa macam orang bodoh,” – Asmongold sekali lagi memohon maaf atas komen terhadap rakyat Palestin

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Asmongold, seorang streamer terkenal di Twitch, baru-baru ini memohon maaf dalam satu video atas komennya mengenai rakyat Palestin.

Dia mengaku rasa dirinya “bodoh dan tak bertanggungjawab” selepas membuat kenyataan menghina yang terang-terang salah dan bersifat generalisasi terhadap Palestin.

Dalam video itu, Asmongold menjelaskan bahawa dia tak setuju dengan ekstremisme agama dan menyesal kerana salah menilai keseluruhan bangsa dan budaya.

Selepas digantung dari Twitch, ramai yang menghantar mesej kepadanya, termasuk mereka yang ada kaitan dengan Palestin lalu membuatnya sedar akan kesilapannya.

Dia juga mengatakan sedikit sebanyak kesilapan itu dipengaruhi kerana sikap kasarnya selama dua tahun kebelakangan ini, yang turut ditegur oleh ayahnya. Menurut Asmongold, penggantungan itu membuatnya rasa lega kerana dapat fokus pada hal lain selain streaming.

Akhirnya, dia mengumumkan akan berundur dari jawatan di OTK dan Starforge untuk fokus memperbaiki diri.

Asmongold berkata dia akan menceritakan lebih lanjut selepas kembali melakukan penstriman langsung.

Artikel ini diterjemah dari DOT Esports. Artikel asal boleh dibaca di SINI.


Follow kami di WhatsAppInstagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

RELATED NEWS

+