Permainan lanun hasil Rare membuktikan kejayaan yang berkekalan, kerana Sea of Thieves mencapai 25 juta pemain awal tahun ini.
Rare meraikannya dengan memberikan pemain Gold percuma.
Kini permainan itu mencapai satu lagi kejayaan besar, dengan lima juta unit dijual di Steam sahaja.
Permainan ini juga baru tiba di Steam tahun lepas.
Susulan itu, Rare ingin meraikan kejayaan ini dengan memberi pemain emote waktu terhad.
We’re celebrating more than five million scoundrels splashing out for Sea of Thieves on Steam! To mark this milestone, anyone who plays SoT between Dec 22nd 2pm and Dec 29th 11:59pm GMT gets the All Together Now! Emote for free. Cheers! 🍻
More info: https://t.co/kgCKqvOvbB pic.twitter.com/e2nHMXFKzv
— Sea of Thieves (@SeaOfThieves) December 22, 2021
“Dengan Sea of Thieves menjadi permainan pertama kami yang dibangunkan secara dalaman untuk PC dan juga Xbox,” kata para pembangun dalam pengumuman itu, “kami benar-benar gembira melihat kemasukan lanun baru yang begitu besar memulakan pengembaraan mereka sejak permainan itu dilancarkan di Steam pada Jun tahun lepas. Tidak kira di platform mana anda bermain Sea of Thieves, ia tidak akan mencapai kejayaan ini tanpa sokongan anda, para pemain – jadi apa yang boleh kami ucapkan ialah terima kasih!”
Bagi yang belum mencuba permainan ini, Sea of Thieves sedang mengalami diskaun sebanyak 50% dan bernilai RM32.50.
Ini harga yang amat berbaloi untuk dimainkan bersama rakan-rakan.
If you’re an aspiring sailor who’s yet to make your mark on the Sea of Thieves, you’re in luck: find us in the Steam Winter Sale with a festive 50% off from now until January 5th 2022. We’ll see you out there, pirates! Start your adventure here: https://t.co/uFlZ2OjIU9
— Sea of Thieves (@SeaOfThieves) December 22, 2021
Sumber: Twitter, Sea of Thieves

setahun yang lepas