Kad Pokemon kini bukan lagi hobi untuk kanak-kanak tetapi bertukar menjadi satu pelaburan yang tinggi jika anda tahu apa boleh dibuat dengannya.
Harga kad Pokemon boleh bermula dari sen sehingga ratusan ribu ringgit mengikut kualiti, permintaan tinggi terutamanya kad yang jarang atau sukar ditemui.

Foto: Facebook
Seorang pemuda tempatan dengan nama Damiral Imran baru-baru ini mahu menjual kesemua koleksi TCG miliknya yang terdiri daripada Pokemon TCG dan One Piece TCG.
Penjualan ini dikongsi di Facebook Pokemon Trading Cards & Collectibles (Malaysia) – PTCC Malaysia.

Foto: Facebook
Kesemua koleksi miliknya beranggaran RM2 juta di aplikasi Shiny yang digunakan untuk melihat dan merekod harga kad yang dimiliki oleh seseorang itu.
Damiral Imran mempunyai pelbagai jenis koleksi pokemon dari PSA10 pelbagai jenis kad terkenal dan rare sehingga Elite Trainer Box pelbagai edisi yang disusun tinggi sehingga hampir mencecah penghawa dingin rumahnya.

Foto: Facebook
Menurutnya, koleksi One Piece TCG bernilai RM50,000 juga akan diberikan secara percuma untuk pembeli bertuah.
Dia juga mahu menjual kesemua koleksinya dengan harga RM1.8 juta dan pembida paling tinggi setakat ini adalah sebanyak RM1.68 juta.

Foto: Facebook
Lebih menarik, Imran juga menerima jika seseorang boleh menukarkan kereka Porsche 911 Carrera 4S dengan wang tunai RM1 juta.
Sebagai perspektif dia mempunyai 17 kad Umbreon dari Prismatic Evolution dengan pelbagai PSA yang berharga dalam linkungan RM4,000 ke RM16,000 sekeping mengikut PSA.

Sama ada ini adalah scam atau tidak, di komen terdapat beberapa individu yang sedia menawarkan RM1.6 juta kepada Damiral Imran.

setahun yang lepas