Minggu lepas viral seorang penjual koleksi kad Pokemon bernilai jutaan ringgit mahu menjual kad-kadnya ataupun menukarkan koleksi itu dengan kereta Porsche Carrera 4S beserta wang.
Damiral Imran akhirnya berjaya menjual kesemua kadnya semalam dengan harga RM1.87 juta!

Foto: Damiral Imran
Sebelum ini kesemua kad yang dia ada bernilai RM2 juta akhirnya berjaya selepas seminggu penantian.
“Dari bilik kecil di Shah Alam sehingga membuat sejarah di dunia Pokemon,” ujar Damiral Imran di laman Facebook.

Foto: Damiral Imran
Damiral Imran mempunyai pelbagai jenis koleksi pokemon dari PSA10 pelbagai jenis kad terkenal dan rare sehingga Elite Trainer Box pelbagai edisi yang disusun tinggi sehingga hampir mencecah penghawa dingin rumahnya.

Foto: Damiral Imran
Menurut Damiral ini semua hanyalah permulaan untuk sesuatu lebih besar.
Damiral tidak memberitahu siapakah pembeli misteri kesemua koleksi miliknya.

setahun yang lepas