Siri Aksi Nyata Like a Dragon: Yakuza di Amazon Prime

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Amazon mengumumkan siri aksi nyata berdasarkan siri Sega terkenal iaitu siri Dragon yang dikenali ramai sebagai Yakuza.

Berjudul Like A Dragon: Yakuza, siri ini akan mengandungi enam episod yang diarah oleh Masaharu Take terkenal dengan siri drama The Naked Director.

Siri ini juga membintangi pelakon drama Jepun terkenal Ryoma Takeuchi yang menjadi Kazuma Kiryu.

Director Masaharu Take and actor Ryoma Takeuchi at today's announcement.

Penceritaan kali ini akan mengambil sedikit inspirasi daripada permainan video Yakuza di daerah Kamurocho yang menceritakan Kiryu bersama-sama tiga kawan nya di dalam dua latar masa berbeza iaitu 1995 dan 2005.

Ryoma juga mengatakan tattoo di belakangnya memerlukan lebih dua jam persediaan termasuk solekan dan kostum.

Ryoma Takeuchi will star as iconic Yakuza character Kiryu Kazuma in the upcoming series.

Dia juga terkenal sebagai Kamen Rider Drive iaitu Shinnosuke Tomari.

Pelakon itu juga mengatakan dia sudah membiasakan diri sendiri dengan beberapa rejim untuk memastikan badannya sesuai sebagai seorang yakuza.

Image

Adaptasi ini akan memberi lensa yang berbeza tetapi tidak akan meninggalkan pengalaman yang anda pernah rasa apabila bermain permainan francais Yakuza.

Siri Like a Dragon: Yakuza akan ditayangkan pada 25 Oktober ini di Amazon Prime.

RELATED NEWS

+