Staf jurulatih Pendekar Esports ditimpa kemalangan

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Baru-baru ini, sebuah pasukan Liga Pembangunan Mobile Legends (MDL) iaitu Pendekar Esports mengalami kemalangan ketika dalam perjalanan ke lokasi pertandingan.

Staf kejurulatihan Pendekar Esports dilaporkan terlibat dalam kemalangan itu.

Ketua Jurulatih mereka, Kenneth “Flysolo” Coloma dimasukkan ke hospital tapi dilaporkan stabil oleh wakil ECHO, Mitch Lawang.

Pengulas terkenal, Mirko melaporkan bahawa pemain untuk pasukan itu dilaporkan selamat dan tidak terlibat dalam kemalangan itu.

Perlawanan di antara Pendekar Esports dan A8 Pabz ditangguhkan buat sementara waktu.

Namun perlawanan itu diadakan pada 30 Mac di mana A8 Pabz memenangi perlawanan dengan skor 2-1.

Pendekar Esports berada di tempat keempat di MDL dan akan menentang Dewa United Esports di peringkat Playoffs.

Setakat artikel ini ditulis, belum ada kemaskini mengenai keadaan jurulatih itu.

RELATED NEWS

+