Streamer Kick tiada belas kasihan serang ahli gusti ketika siaran langsung

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Seorang streamer Kick dengan nama Raja Jackson kini tular selepas dia masuk ke gelanggang gusti dan terus menyerang ahli gusti itu selepas menjatuhkannya.

Sebanyak 20 tumbukan tiada belas kasihan dikenakan walaupun ahli gusti itu tidak sedarkan diri sejurus selepas dijatuhkan.

Foto: Raja Jackson

Kejadian in berlaku di acara gusti profesional KnokX Pro di Los Angeles, California.

Serangan ini berlaku selepas ahli gusti dengan nama Syko Stu yang menjatuhkan air Jackson sebelum acara bermula.

Rampage Jackson’s son (Raja Jackson) works a work into a shoot and brutally assaults a independent wrestler after an altercation earlier in the day.
byu/GingazInParis inSquaredCircle

Semua ini adalah sebahagian daripada skrip hiburan untuk Jackson berpura-pura. Tetapi mesej ini tidak difahami dan dihiraukan Jackson yang tidak dapat membezakan persembahan dan realiti.

Ketika stream berlangsung, Jackson menyerang ahli gusti tersebut dengan membuat gerakan MMA menghentam Syko Stu ke bawah. Sejurus selepas hentaman itu, Syko Stu telah tidak sedarkan diri.

Jackson kemudian bertindak menumbuk kepala dan muka ahli gusti tersebut dengan lebih 20 kali tumbukan.

Syko Stu kini disahkan masih hidup, keadaannya juga sudah stabil dan semakin pulih.

Raja Jackson melalui latihan MMA profesional tetapi dia bukanlah ahli gusti profesional. Dia tidak faham mengenai ahli gusti yang berlawan selalunya hanya acara yang mempunyai skrip koreografi.

Kick telah mengharamkan saluran Jackson tidak lama kemudian tetapi klip video kejadian itu telah tersebar di seluruh internet.

Polis LAPD kini dalam fasa penyiasatan untuk kejadian ini.

RELATED NEWS

+