Satu permainan video palsu baru-baru ini dibuang dari Steam selepas dikatakan mencuri lebih AS$150 ribu (RM630 ribu) duit dari pemain.
Permainan itu adalah BlockBlasters, permainan percuma retro platformer dari Genesis Interactive yang dilancarkan pada 30 Julai lepas.
Pada asalnya permainan ini selamat untuk dimainkan tetapi pada 30 Ogos lepas, mereka menambah peranti komponen kripto.

Foto: Steam
Dalam masa dua bulan permainan ini wujud di Steam dengan review ‘Very Positive’ dan akhirnya dibuang dari Steam pada 21 September.
BlockBlasters mempunyai malware yang tersembunyi di dalam permainan ini.
Lebih mendukacitakan, permainan ini mendapat perhatian apabila seorang streamer Twitch dari Latvia iaitu Raivo ‘RastaLandTV’ Plavnieks menjadi mangsa permainan tipu ini.
Raivo ketika itu sedang bersiaran langsung untuk tabung amal bagi rawatan kanser Sarkoma Tahap 4 yang dihidap olehnya.
Foto: X | @SmashJT
Dia dihubungi seseorang yang mahu memberikan sejumlah wang dengan syarat dia bermain BlockBlasters.
Ketika melancarkan permainan itu di stream, satu malware diaktifkan dan terus mencuri kesemua wang kripto milik Raivo yang berjumlah AS$32 ribu (RM134 ribu).
Wang itu sepatutnya akan digunakan Raivo untuk rawatan kansernya.
Yesterday a video game streamer named @rastalandTV inadvertently livestreamed themselves being a victim of a cryptodraining campaign.
This particular spearphishing campaign is extraordinarily heinous because RastaLand is suffering from Stage-4 Sarcoma and is actively seeking… pic.twitter.com/yaNrofaK6u
— vx-underground (@vxunderground) September 21, 2025
Penyiasat ZachXBT memberitahu BleepingComputer bahawa lebih AS$150 ribu (RM630 ribu) dicuri daripada ramai pemain lain.
VXUnderground di X mengatakan lebih 478 akaun telah terkena dengan penipuan ini.

Foto: GoFundMe
Permainan Block Blasters kini telah dibuang dari pelantar Steam dan ramai orang yang telah memuat turun permainan ini dinasihatkan untuk mengemaskini kesemua maklumat Steam mereka dan memindahkan kriptowang mereka ke dompet kripto yang lain.
Satu tabung amal gofundme juga telah dibuat khas untuk Raivo Plavnieks.

setahun yang lepas