Emiru atau Emily Schunk adalah antara streamer wanita paling popular di dunia.
Streamer terkenal Emiru baru sahaja mengeluarkan kenyataan semalam mengenai Mizkif yang juga merupakan bekas teman lelakinya.
Mizkif kini dituduh dengan penderaan psikologi, penderaan, serangan seksual dan juga peras ugut.
“Hari in saya akan membuka semua cerita mengenai penderaan psikologi dan domestik, stalking, serangan seksual dan memeras ugut yang telah dibuat oleh Mizkif terhadap saya. Beberapa isu ini masih lagi berlaku,” ujar Emiru.
Mereka berdua telah tinggal bersama-sama dan menjalinkan hubungan rahsia ketika berada di Austin, Texas berdekatan dengan streamer lain yang menjadi sebahagian OTK (One True King).
Emiru cuba untuk tidak bercakap mengenai perkara ini setelah lebih setahun.
Tuduhan serangan seksual, penderaan dan peras ugut
Semua ini berlaku pada satu kejadian lepas.
“Mizkif telah cuba untuk menenangkan saya dan memeluk saya. Saya selalunya tidak selesa berpegang dengan orang yang tidak menjalinkan hubungan bersama saya. Mikif kemudiannya mencium muka saya tetapi saya membiarkan sahaja kerana saya masih menangis teresak-esak. Dia kemudiannya naik ke atas saya dan secara agresif cuba untuk memasukkan tangannya ke dalam seluar saya dan saya menjerit, Setelah menjerit, Mizkif melompat terus dari saya. Dari memohon maaf, Mizkif sebaliknya terus keluar dari bilik sambil mengatakan dia tidak selesa dan seolah membuat satu perkara salah”
“Ketika itu saya masih membuat banyak alasan untuk dia, dan saya takut untuk membuat sebarang masalah untuk streamer lain”
Emiru memberitahu ketika Mizkif membuat dia kecewa, Emiru akan pergi ke bilik steam dan mengunci pintu. Mizkif sebaliknya mengetuk pintu dengan sangat kuat sambil menjerit ke Emiru.
Menurut Emiru Mizkif juga pernah memeras ugut Emiru melalui orang lain seperti kawan dan orang yang pernah bekerja dengannya. Mizkif akan sentiasa mencari jalan untuk membuat kempen fitnah ke atasnya.
“Ketika di TwitchCon, Mizkif datang ke salah seorang pekerja saya, mengugut mereka dan mengatakan jika saya menyebut tentang Mizkif. Dia akan menghancurkan saya”
Emiru juga memberitahu Mizkif sudah semestinya akan menggunakan kematian arnab belaannya untuk memidas semua perkara ini.
“Beberapa orang telah memberitahu saya dia akan mengatakan saya membunuh arnab saya.”
Tambah Emiru lagi, dia juga telah mendapatkan nasihat peguam untuk semua perkaa yang akan diberitahu nanti.
Kenyataan Mizkif
Tidak lama kemudian Mizkif juga mengeluarkan kenyataannya sendiri membidas semua tuduhan yang telah dibuat oleh Emiru.
Mizkif telah membuat stream selama 40minit untuk memberitahu apa yang ‘sebenarnya’ berlaku.
Sama seperti yang dijangka oleh Emiru, Mizkif juga memberitahu mengenai ‘penderaan haiwan’ yang telah dibuat oleh Emiru. Dia juga mengongsika video keadaan sangkar arnab milik Emiru.
“Saya tahu saya bukan sempurna dengan bahasa yang telah digunakan selama kita bersama. Saya juga pernah agresif untuk suatu ketika,” ujar Mizkif.
“Mengenai pengawalan, saya telah memberi dia banyak perkara. Saya pernah menyuruhnya untuk berpakaian lebih dewasa, tidak memakai baju tidur dan tidak lagi bercakap mengenai stalker. Tidak bercakap mengenai hubungan lama, dan tidak pergi ke mana-mana tanpa saya. Saya juga mengatakan saya tidak mahu dia lepak bersama orang tertentu. Ini kerana saya tidak mahu dia ditimpa masalah.”
Menurut Mizkif, hubungan mereka menjadi sangat toksik ketika sembilan bulan terakhir dan menuruh Emiru untuk berpindah keluar.
Pada tahun 2022, Mizkif dituduh dalam cubaan menutup serangan seksual ke atas Adrianah Lee dan disaman oleh Lee.
Mizkif juga menambah dia akan mengeluarkan lebih banyak kenyataan lagi dan rahsia yang di pegang ketika ini.
Kesebelum kejadian ini, ketika TwitchCon tahun ini Emiru telah diserang secara seksual oleh seorang lelaki yang cuba menciumnya.
Streamer Emiru kini dalam fasa memfailkan perintah larangan terhadap Mizkif di California dan Texas.

setahun yang lepas