Twitch isytihar ‘perang’ kekang masalah viewbotting

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Twitch baru-baru ini mengisytiharkan perang keatas viewbotting dan mengubah sistem pengesanan bot mereka secara keseluruhan.

Viewbotting adalah penggunaan sistem komputer automatik atau ‘bots’ untuk meningkatkan jumlah penonton dan penonton serentak untuk satu siarang langsung atau kandungan video.

Foto: Twitch

Masalah viewbotting ini sudah lama berlarutan dan berlaku secara berleluasa di Twitch. Perkara ini sudah lama menjadi rungutan ramai streamer tetapi masih diendahkan oleh Twitch.

“Kami mempunyai satu pasukan khas untuk memastikan jumlah tontonan yang ditunjukkan adalah selari dengan jumlah penonton sebenar dan jumlah ini dipastikan benar dan tidak diubah dalam apa cara sekalipun.” ujar Twitch di X.

Twitch juga sudah membuat beberapa perubahan untuk mengenalpasti viewbots, penonton tidak sah, dan tiada keterlibatan palsu.

Ramai juga streamer-streamer besar yang memuji Twitch atas tindakan mereka ini.

MoistCritical juga ada membuat video memuji Twitch mengenai perkara ini.

Manakala xQc juga sudah membuat satu ciapan panjang di X memberikan pendapatnya.

Disebabkan ini, ramai streamer besar atau kecil juga kehilangan banyak penonton palsu.

Malah ada juga streamer yang selama ini sudah mengambil kesempatan untuk menggunakan viewbotting bagi mendapatkan wang dari jumlah iklan mereka dengan membuat penstriman selama 24 jam dan 7 hari tanpa henti.

Syarikat dibawah Amazon ini akhirnya mengekang perkara yang sudah lama ramai orang mahukan.

RELATED NEWS

+