Subway Surfers City – Sekuel Subway Surfers selepas 14 tahun

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Permainan video mudah alih popular Subway Surfers mengumumkan sekuel terbaru setelah 14 tahun dengan berjudul “Subway Surfers City”.

Subway Surfers City akan dilancarkan pada 26 Februari tahun ini dengan art style terbaru, mekanik permainan baharu, mod baharu dan persekitaran baru.

Dibangunkan oleh SYBO Games, Subway Surfers City akan membawa pemain ke dunia Subway City yang mempunyai empat daerah berbeza termasuk “The Docks, Southline, Sunrise Blvd, dan Delorean Park.”

Foto: SYBO Games

Setakat tahun 2025, Subway Surfers telah berjaya mencapai 4.5 bilion muat turun dan lebih 30 juta pengikut di serata media sosial.

Menurut SYBO, sekuel ini akan memperkenalkan kandungan baharu setiap musim, kejiranan baru di bandar, karakter baru, pakaian baru dan hoverboards baru.

Foto: SYBO Games

Subway Surfer City bolh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play Store.

RELATED NEWS

+