Pada 7 Jun ini, tiga acara permainan digital yang unik iaitu Women-Led Games Showcase, Latin American Games Showcase, dan Southeast Asian Games Showcase akan berlangsung serentak secara langsung.
Ketiga-tiganya merupakan sebahagian daripada kerjasama bersama Summer Game Fest dan akan disiarkan menerusi saluran YouTube rasmi The Game Awards serta laman-laman masing-masing.
Tahun ini menandakan kembalinya dua acara popular dari tahun sebelumnya, manakala Southeast Asian Games Showcase bakal tampil buat kali pertama di pentas global sebagai acara tersendiri.
View this post on Instagram
Southeast Asian Games Showcase bakal memaparkan lebih 40 permainan dari rantau Asia Tenggara seperti Singapura, Indonesia, dan Malaysia. Antara judul yang mencuri tumpuan ialah Coffee Talk Tokyo, kesinambungan siri popular dari Indonesia, serta Gigabash dari Malaysia, permainan pertempuran Kaiju untuk berbilang pemain.
Bagi meraikan detik penting ini, THE MAGIC RAIN dan Passion Republic akan menganjurkan acara Watch Party rasmi di Malaysia. Acara ini memberi peluang kepada komuniti tempatan untuk berkumpul, mencuba demo permainan terpilih, serta menonton siaran langsung bersama para pembangun permainan tempatan.

Makanan ringan dan cenderahati akan diberikan kepada peserta yang mendaftar awal. Jadi, pastikan anda mendaftar dan sertai mereka di Passion Republic pada 8 Jun ini, dari jam 2 petang hingga 5 petang!

Selain itu, Women-Led Games Showcase pula akan menampilkan 38 permainan baharu yang dikembangkan oleh pasukan yang diketuai wanita, termasuk judul menarik seperti Woodo, sebuah kisah interaktif melalui diorama kayu dan Void Martyrs, sebuah pengalaman seram futuristik berlatarkan angkasa lepas.

Latin American Games Showcase pula akan menampilkan sebanyak 57 permainan dari pelbagai negara Amerika Latin termasuk Brazil, Mexico, Argentina, dan Colombia. Antara judul menarik yang ditunjuk awal ialah Neverway, gabungan elemen seram dan RPG aksi dari Brazil, serta The Shadow Syndicate, permainan aksi-selinap bergaya yang berlatar di Brooklyn era 1930-an.

setahun yang lepas