Team Liquid kehilangan tajaan Honda selepas ciapan kontroversi seorang pemain

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Team Liquid mengesahkan mereka kehilangan tajaan dari syarikat automotif besar Jepun iaitu Honda.

Honda menjadi penaja terbesar mereka untuk 6 tahun.

Semuanya berakhir apabila seorang pemain Rainbow Six Team Liquid iaitu Lucas “DiasLucasBr” Dias membuat satu ciapan kontroversi.

Pengumuman dari Team Liquid juga menjadi buah mulut ramai orang apabila Liquid kalah di CAG Osaka untuk pertandingan R6 RELOAD.

DiasLucasBr membuat satu ciapan (yang sudah dipadam) menunjukkan bom nuklear meletup. Pemain itu mengatakan dia hanya mahu menunjukkan bagaimana pasukannya “meletup” ketika pertandingan. Tetapi komuniti Jepun menafsirkan tweet itu sebagai pengeboman bom atomik di Jepun pada Perang Dunia Kedua.

DiasLucasBr membuat satu permohonan maaf di laman Twitter-nya.

Dia mengaku dia membuat kesilapan mengguna GIF itu dan bukan niatnya untuk menyindir komuniti di Jepun.

Empat hari selepas itu Team Liquid juga membuat permohonan maaf dan mengesahkan tajaan Honda mereka ditarik.

Kenyataan itu mengatakan ciapan yang sudah dibuat oleh DiasLucasBr adalah tidak sensitif walaupun tiada niat jahat disebalik itu.

DiasLucasBr dikenakan tindakan disiplin dengan denda sebanyak empat bulan gaji beserta latihan media mandatori buatnya.

Team Liquid juga mengesahkan skuad Rainbow Six mereka akan menderma kesemua wang kemenangan pertandingan tersebut ke badan amal.

“Disebabkan kontroversi ini juga, Honda Motors membuat keputusan untuk tidak meneruskan lagi tajaan untuk Team Liquid,” ujar Team Liquid.

Pengasas Team Liquid mengeluarkan kenyataan mengenai perkara ini.

“Apa yang berlaku adalah kesilapan bukan berniat jahat,” ujar Goossens Pengasas Team Liquid.

Inilah yang dikatakan kerana mulut badan binasa.

RELATED NEWS

+