Tencent Games umum kemaskini bagi 46 judul permainan di SPARK 2025

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Tencent Games baru-baru ini menganjurkan acara tahunan mereka, SPARK 2025, yang mempamerkan pelbagai kemaskini menarik untuk 46 judul permainan.

Acara ini menekankan tiga aspek utama – pembangunan permainan, penerbitan, dan pelaburan. Melalui kolaborasi dengan studio dalaman dan pihak ketiga (third party), pelbagai projek baharu diumumkan, termasuk kandungan baharu, kejohanan e-sukan yang akan datang, dan barisan permainan yang diperluas untuk pemain dari China sehinggalah ke peringkat global.

SPARK 2025 bukan sekadar pameran, tetapi juga perhimpunan besar komuniti permainan untuk meraikan inovasi serta hala tuju masa depan industri. Tencent Games turut menonjolkan hasrat mereka untuk memperluaskan koleksi IP dan meningkatkan kualiti pengalaman permainan secara keseluruhan. Tumpuan diberikan kepada perkembangan francais popular seperti Honor of Kings dengan pengumuman animasi dan kolaborasi bersama filem animasi, serta acara e-sukan yang akan diadakan di stadium ikonik di Beijing.

Beberapa permainan yang mendapat perhatian termasuk Delta Force Mobile yang kini mencatat lebih 25 juta pra-pendaftaran, Arena Breakout: Infinite dengan musim baharu IGNITION, dan The Hidden Ones yang menggabungkan seni mempertahankan diri dengan naratif sinematik. Permainan lain seperti Light and Night, Dragonheir: Silent Gods, dan LIGHT OF MOTIRAM pula menawarkan dunia fantasi dan elemen strategi yang unik untuk menarik minat pelbagai jenis pemain.

Dalam aspek penerbitan dan pelaburan, Tencent terus menyokong permainan berpotensi tinggi dari seluruh dunia. Ini termasuk judul seperti The First Berserker: Khazan, Silicon Universe, dan Warframe, serta permainan indie dan inovatif seperti Enshrouded, Phantom Blade Zero, dan Lost Records: Bloom & Rage. Melalui pelaburan ini, Tencent menunjukkan komitmen mereka dalam mempelbagaikan kandungan permainan dan membina komuniti global yang lebih erat melalui hiburan digital.

RELATED NEWS

+