Electronic Arts (EA) baru-baru ini mengumumkan The Sims Mobile akan ditutup selepas 7 tahun beroperasi.
Versi mobile francais ini dilancarkan pada tahun 2018 dan mendapat lebih 50 kemaskini.
EA mengatakan pemain tidak lagi boleh menggunakan wang sebenar dan kedua-dua versi iOS dan Android akan dibuang dari App Store.
Berkemungkinan besar The Sims Mobile akan ditutup disebabkan projek The Sims seterusnya iaitu Project Rene yang akan mempunyai versi PC dan mobile.
Hal ini membuatkan Sims Mobile tidak lagi relevan.

Foto: The Sims Mobile
Namun Project Rene masih lagi dalam fasa awal, dan EA yang baru sahaja menjadi syarikat swasta sepenuhnya bakal melakukan banyak perubahan.
The Sims Mobile secara rasminya akan ditutup Januari depan.

setahun yang lepas