Antara acara permainan video terbesar di dunia ialah Tokyo Game Show (TGS) tetapi malangnya, ia terpaksa dibatalkan tahun ini akibat penularan wabak COVID-19.
TGS 2020 pada asalnya dirancang untuk diadakan dari 24 September sehingga 27 September 2020 di Makuhari Messe, Chiba. Pihak pengajur kini merancang untuk menggantikannya dengan acara digital, sama seperti acara lain yang dibatalkan seperti Gamescom 2020.
新型コロナウイルス感染拡大防止のため
幕張メッセでの開催を中止しオンライン開催を検討9月24日(木)~27日(日)に開催予定の「東京ゲームショウ2020」につきまして、幕張メッセでの通常開催を中止し、オンラインによる開催方法を検討いたします。#TGS2020 #東京ゲームショウ #TGS2020ope
— TOKYO GAME SHOW 2020/東京ゲームショウ (@tokyo_game_show) May 8, 2020
Setakat 8 Mei 2020, negara Jepun masih mempunyai lebih daripada 8,800 kes aktif COVID-19. Walaubagaimanapun, jumlah purata kes baharu secara harian semakin berkurang menurut laman web covid19japan.
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

setahun yang lepas