Trailer pertama filem adaptasi game Until Dawn bakal tiba tak lama lagi

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Filem Until Dawn akan ditayangkan pada 25 April dan nampaknya trailer pertama akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Until Dawn menceritakan kisah sekumpulan remaja yang bercuti di Blackwood Mountain namun terdapat kejadian aneh berlaku kepada mereka sewaktu menginap di situ.

Buat masa ini, menurut laporan Comicbook, tiada lagi maklumat mengenai filem adaptasi ini namun trailer pertama pasti akan mendedahkan sedikit mengenainya. Yang berbezanya ia membawa peminat ke mesta (universe) yang sama namun penceritaannya adalah berlainan dan tidak sama dengan apa yang terjadi dalam game PS4 itu.

Selain itu, ia bakal membintangi pelakon baharu dan bukannya pelakon alih suara dalam game. Namun, ia akan memperkenalkan pelakon Peter Stormare yang mengalih suara Dr. Alan J. Hill dalam permainan video Until Dawn.

Walaupun selepas 10 tahun, Until Dawn masih mempunyai ramai peminat kerana permainan video itu menerima suntikan ‘remake’ pada tahun lalu dengan grafik dipertingkatkan dan penambahan ending baharu di PS5.

Until Dawn diarahkan oleh David F. Sandberg yang pernah mengarah filem seram seperti Lights Out dan Annabelle: Creation. 

Filem ini akan membintangi Ella Rubin, Michael Cimino, Ji-young Yoo, Maia Mitchell, Odessa A’zion, dan Belmont Cameli.

Sumber rujukan dan foto: Comicbook

RELATED NEWS

+