Tune Talk Perkenal Tuney Sebagai Maskot Ultra Fast 5G!

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Selama ini, jenama telco sering dilihat hanya memberi fokus pada kelajuan, liputan dan harga. Tetapi kali ini, Tune Talk tampil dengan pendekatan lain daripada yang lain, lebih berani, lebih santai, dan paling penting, lebih original.

Menerusi kempen #TheRealTuney, Tune Talk mengangkat Tuney sebagai wajah rasmi Ultra Fast 5G mereka, sambil membuka perbualan tentang keaslian dalam dunia yang semakin seragam.

Bukan hanya mempromosikan internet pantas, kempen ini menunjukkan bagaimana satu jenama boleh membina identiti dan jadi sebahagian daripada budaya.

Tuney lebih dari maskot, ini simbol identiti asli

Foto: TuneTalk

Tuney kini diposisikan sebagai The Real Tuney, maskot asal yang mewakili semangat Tune Talk iaitu keberanian, autentik, dan tidak takut untuk tampil berbeza.

Kewujudan karakter comel enjadi simbol kepada pengalaman Ultra Fast 5G sepanjang hari, konsisten pada bila-bila masa.

Tune Talk juga mahu menyampaikan mesej, di dalam dunia yang penuh persamaan , jadi original itu lebih bermakna.

Elemen hiburan mengukuhkan kempen ini

Salah satu faktor menarik kempen ini, Tune Talk menggabungkan dunia teknologi dengan elemen hiburan. Parodi “The Real Slim Shady” kepada “The Real Tuney” digunakan sebagai sesuati idea baharu yang lebih mudah diikuti dan difahami oleh pengguna digital.

Secara tidak langsung, kempen ini mengukuhkan lagi kandungan yang penuh informasi, tetapi juga mudah dikongsikan sesuai dengan gaya hidup digital hari ini.

Tuney turun padang di Pavilion KL

Kemuncak kempen ini berlangsung di Pavilion KL menerusi perarakan maskot Tuney yang mencuri perhatian pengunjung.

Aktiviti pengagihan barangan eksklusif juga dibuat dan interaksi secara langsung untuk menjadikan jenama ini lebih dekat dengan pengunjung. Pendekatan “from screen to street’ memberikan pengalaman realiti yang bukan hanya untuk tontonan.

TheRealTuney pemangkin interaksi di media sosial

Di pelantar media sosial, tanda pagar #TheRealTuney menjadi ruang khas untuk orang berinteraksi dan menyertai perbualan. Pengguna juga digalakkan untuk menyahut cabaran, berkongsi versi “original” mereka sendiri, dan berinteraksi dengan dunia Tuney.

Ultra Fast 5G dengan 10x nilai, tiada kos tersembunyi

Di sebalik semua elemen kreatif ini, Tuney telah berjaya menunjukkan komitmen mereka dalam pengalaman Ultra Fast 5G yang laju, stabil dan sentiasa sesuai dengan gaya hidup digital hari ini, tidak kira untuk gaming, streaming, hiburan, kerja atau penciptaan kandungan.

Foto: TuneTalk

Tune Talk menawarkan pelan data 10x Nilai dengan tiada kos tersembunyi. Apa yang dipaparkan, itulah yang diterima pengguna iaitu internet pantas, harga telus dan pengalaman tanpa caj mengejut.

Melalui identiti yang segar dan mudah diingati, Tune Talk berusaha merapatkan hubungan dengan pengguna, bukan hanya sebagai penyedia telco, tetapi sebagai sebahagian daripada gaya hidup digital.

Bersedia untuk rasa sendiri pengalaman Ultra Fast 5G dan masuk dalam dunia Tuney?

Boleh layari laman rasmi Tune Talk atau muat turun aplikasi Tune Talk.

RELATED NEWS

+