Uni Legends adalah kejohanan MLBB antara universiti dianjurkan oleh Hotlink

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Hotlink baru-baru ini mempersembahkan Uni Legends MLBB 2024, kejohanan e-sukan pertama yang dianjurkan khas untuk pelajar institut pengajian tinggi di seluruh Malaysia.

Dari sekarang sehingga 19 Ogos ini, penyertaan untuk pertandingan Hotlink Uni Legends MLBB dibuka kepada para penggemar dan pemain e-sukan MLBB.

Kejohanan ini akan bermula dari September melalui acara dalam talian, manakala acara kemuncak akan diadakan di kampus UiTM Shah Alam pada Oktober. Setiap pasukan dalam peringkat terakhir akan bersaing dalam beberapa pusingan pertandingan untuk meraih hadiah utama terkumpul sebanyak RM100,000.

“Kami amat teruja dapat menganjurkan Hotlink Uni Legends MLBB buat kali pertama untuk mendedahkan e-sukan kepada pelajar universiti di Malaysia secara besar-besaran.

“Dengan status MLBB sebagai salah satu permainan mudah alih paling popular di Malaysia, kami berharap acara ini dapat mencapai golongan belia dengan lebih luas dan membuka ruang untuk mereka saling bekerjasama, merancang strategi dan menikmati keseronokan e-sukan,” kata Rabiras Rajakrishnan, Ketua Pascabayar di Maxis.

Festival kemuncak pertandingan ini bakal diadakan selama tiga hari dari 18 sehingga 20 Oktober, di mana peringkat terakhir akan menyaksikan lapan pasukan terbaik bertanding untuk tempat pertama.

Karnival ini turut akan menampilkan bazar makanan, festival urban, dan festival muzik untuk para pengunjung, dibawakan oleh rakan-rakan rasmi seperti rakan permainan rasmi, MOONTON Games, penaja lokasi acara kemuncak Universiti Teknologi MARA (UiTM), dan rakan Hotlink Rewards, ZUS Coffee.

Daftar sekarang di laman web ini.

RELATED NEWS

+