UTM X Tupai juara MSL Championship musim ketiga, bawa pulang wang tunai RM15,000

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

UTM X Tupai dari Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru berjaya menjuarai Kejohanan Moonton Student Leader (MSL) Musim Ketiga selepas menewaskan pesaing terdekat, pasukan dari Universiti Putra Malaysia Serdang, MV X UPM dengan skor 3-2.

Dalam format best of 5 itu, UTM menunjukkan kemahiran dan sinergi luar biasa sebagai satu pasukan. Mereka bermain dengan begitu berdisiplin dan mengutamakan hero-hero pocket pick seperti Harith dan Roger.

Dengan kemenangan ini, mereka juga layak ke play-in Liga Akademi MLBB Malaysia (MAL) musim kedua akan datang.

Mereka terdiri daripada Afif bin Genari @ Azhari (Cheesekut) sebagai Jungler, Aiman Hakim Abd Halim (Aloi) sebagai Explaner, Ahmad Fikri Hassan (Grover) sebagai Roamer, Anwar Hidayat (ChibiiArab) sebagai Jungler, Muhammad Ariff Farhan Mohd Nizam (JangJung) sebagai Midlaner, Ahmad Daniel Azahree (Handal) sebagai Goldlaner.

Pada hari ini juga, juara dunia, Selangor Red Giants (SRG) membuat kemunculan di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur untuk sesi ramah mesra bersama peminat. 

@mygameondotmy Wow @Yoodo Red Giants ada buat meet and greet dengan fans ni gais! #SEETheWorld #MLBBEsports #MLBB #MLBBMSC2024 #EWC #EWC2024 #MSC2024 #MyGameOn #B6NGKIT ♬ MALAYSIA – Faizal Tahir

Playoffs MSL Championship Season 3 mengumpulkan lapan pasukan universiti terbaik:

Empat pasukan jemputan:

  • UiTM Dynegy (UiTM Shah Alam)
  • UTM X Tupai (UTM Johor Bahru)
  • USIM Prodigy (USIM)
  • UUM Boboyot (UUM Sintok)

Empat pasukan kelayakan dalam talian:

  • UiTM Rebellion (UiTM Puncak Alam)
  • UKM Kumar (UKM Bangi)
  • APU Hanoman (APU Bukit Jalil)
  • MV X UPM (UPM Serdang)

Kesemua pasukan ini bertarung untuk hadiah wang tunai terkumpul sebanyak RM60,000, satu jumlah yang besar untuk kejohanan antara universiti. Ia dianjurkan di Sunway Velocity Mall dari 20 Julai hingga 21 Julai ini.

Juara membawa pulang wang tunai RM15,000 berserta 5 unit Tecno Pova 6 Pro 5G.

MSL Championship S3 dibawakan oleh Moonton Student Leader dengan kerjasama GamesMY Esports dan rakan media, Gamers Gazette MY dan Sunway Velocity Mall sebagai lokasi rasmi.

RELATED NEWS

+