Monolith Productions studio disebalik Middle-Earth: Shadow of War kini ditutup oleh Warner Bros.
Berkemungkinan besar penutupan ini dibuat selepas Suicide Squad dan MultiVersus gagal untuk mendapatkan playerbase yang ramai.

Foto: Monolith Productions
Permainan video Wonder Woman yang diumumkan oleh Monolith Productions pada tahun 2021 juga dibatalkan.
Berita ini dilaporkan oleh Bloomberg yang mengesahkan penutupan studio ini.
Warner Bros terpaksa membuat keputusan ini untuk membangunkan permainan video terbaik bagi francais popular mereka iaitu Harry Potter, Mortal Kombat, DC dan Game of Thrones.
Selepas meneliti, tiga studio permainan video akan ditutup iaitu Monolith Productions, Player First Games dan Warner Bros. Games San Diego.
Wonder Woman yang berada di bawah naungan Monolith Productions juga tidak akan diteruskan lagi akibat beberapa masalah seperti sistem nemesis untuk Wonder Woman yang perlu dimasukkan ke dalam permainan itu.

setahun yang lepas