Siapa sangka Wordle boleh jadi permainan video yang menjadi punca untuk menyelamatkan seorang warga emas berusia 80 tahun.
Seorang wanita baru-baru ini menyedari ibunya dijadikan tebusan apabila ibunya tidak menghantar skor Wordle kepadanya.

Laporan dari CNN, Denyse Holt tinggal seorang diri di Lincolnwood, Illinois dan seorang lelaki yang berbogel sudah menceroboh rumahnya.
Denyse kemudian dijadikan tebusan.
Anaknya perempuan Denys menyedari ibunya tidak menghantar skor Wordle dan menyedari satu perkara pelik berlaku.
Dia kemudian menelefon Balai Polis Lincolnwood untuk melihat ibunya akibat risau.
Pihak polis akhirnya berjaya menyelamatkan ibunya yang dikurung di bilik air bawah rumah tetapi tiada kecederaan dilaporkan.
Suspek itu ditangkap di tingkat dua dengan beberapa pisau.
“Saspek menggunakan gunting dan memaksa wanita itu untuk memberinya bantuan,”
Lelaki itu sebenarnya mempunyai masalah mental dan kini disabitkan kesalahan kerana menceroboh dengan senjata berbahaya dan cubaan menculik.
Rujukan: CNN

setahun yang lepas