XP Day Carnival 2025 perkukuh peranan Todak Academy sebagai hab pendidikan digital berteraskan industri

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Todak Academy terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pendidikan digital dengan penganjuran XP Day Carnival 2025, sebuah acara tahunan yang menghimpunkan pendidikan, teknologi kreatif dan latihan industri dalam satu platform holistik, bertempat di kampus utama Todak Academy, Cyberjaya.

Majlis dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Todak Academy, En. Mohamad Taufik Rizal Aminuddin dan diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Cyberview Sdn. Bhd, En. Kamarul Ariffin Abdul Samad sebagai Tetamu Kehormat yang menyokong usaha memperkasakan bakat digital di Cyberjaya.

“XP Day bukan sekadar acara, ia menunjukkan visi kami mahu membina bakat digital masa depan melalui konsep pembelajaran digital yang praktikal, kreatif dan berpaksikan teknologi,” ujar En. Mohamad Taufik Rizal Aminuddin dalam ucapan pembukaan beliau.

Sejak julung kalinya dilancarkan pada 2022, XP Day kini berkembang menjadi karnival berskala besar dengan mengetengahkan program-program latihan utama Todak Academy seperti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang 3D Animasi dan Pembangunan Permainan, serta Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 dalam bidang Kandungan Kreatif Digital dan 3D Animasi.

Program-program ini dibangunkan selari dengan keperluan industri semasa, dilaksanakan melalui fasiliti latihan sebenar, bimbingan mentor industri dan pengaplikasian teknologi semasa.

Antara pengisian utama karnival ini adalah bengkel program-program pendidikan STEM dan kreatif digital, sesi perkongsian dan sesi meet and greet bersama Todak Legion. Lebih dari 1,000 pengunjung yang hadir ke XP Day Carnival 2025.     

 

RELATED NEWS

+