Yoodo kini menjadi Pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih (MNVO) pertama yang melancarkan teknologi 5G untuk semua penggunanya.
5G kini menjadi piawaian global baharu untuk teknologi selular yang jauh lebih pantas dan lebih diyakini berbanding 4G.
Pelancaran ini akan bermula untuk semua pelanggan Yoodo yang memiliki sokongan 5G Android dan boleh menikmati percubaan percuma dari 15 Februari sehingga suatu tempoh yang akan diumumkan kemudian.
Sudah semestinya dengan 5G, anda boleh bermain permainn video 5G dengan kelajuan muat naik dan muat turun yang lebih pantas dengan kadar latency lebih rendah.

Paling penting permainan video anda lebih lancar tanpa lag.
Anda juga boleh melakukan penstriman secara langsung dengan kualiti tinggi serta video dan audio yang lebih lancar dan kurang buffering.
Kolaborasi ketika bekerja dari jarak jauh juga akan lebih lancar membolehkan pasukan yang berada di tempat jauh bekerjasama dengan lebih efisien dan efektif.
“Secara keseluruhan, 5G mempunyai potensi untuk meningkatkan lagi pengalaman digital kita dan merevolusikan cara kita hidup, bermain dan bekerja.
“Dengan 5G, sambungan Internet anda akan menjadi 10 hingga 20 kali ganda lebih pantas berbanding sebelumnya dan akan memberikan pengalaman mudah alih yang lebih kaya kepada para pengguna kami tatkala kami membawakan era baharu ketersambungan,” ujar Chow Tuck Mun (Ketua Yoodo).
Pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan percubaan 5G percuma ini dengan melanggan mana-mana pelan data berkelajuan tinggi daripada 10GB hingga 200GB.
Setakat ini masih belum ada apa-apa pengumuman untuk 5G Yoodo peranti iOS.

setahun yang lepas