Konsol PlayStation dilancarkan pada tahun 1994.
Seorang YouTuber bernama GingerOfOz mengambil inspirasi daripada seorang artis dengan membuat model ketam ini untuk PlayStation miliknya.
Foto: GingerOfOz
GingerOfOz tidak asing lagi dengan penukaran mod untuk konsol dan dia sebelum ini pernah menukarkan beberapa konsol menjadi konsol mudah alih.
Foto: GingerOfOz
Dia mengambil inspirasi rekaan ini daripada artis Anh Dang ‘Playstacean’.
Nama Playstacean ini adalah hasil gabungan PlayStation dan crustacean (krustasea).
I also turned my Playstaceans into a print. I couldn’t pick one so I put them both on the same page 🥹 pic.twitter.com/wmQepBBSbM
— Anh Dang (@anhdangerous) October 13, 2024
Bukan sahaja menukar rupa tetapi GingerOfOz mengambil langkah lebih besar dengan memastikan Playstacean ini berfungsi.
THE PLAYSTACEAN IS REAL pic.twitter.com/49jTcL8M6a
— GingerOfOz (@GingerOfMods) March 21, 2025
Dia membuat beberapa perubahan besar untuk konsol itu dari mengecilkan motherboard dan membuat bahagian custom untuk kesemuanya. GingerOfOz juga memastikan rekaan ini sama seperti gambaran asal.
Foto: GingerOfOz
Sebanyak 56 bahagian dimana 40 bahagian dibuat oleh GingerOfOz sendiri temasuk pendawaian alat kawalan PlayStation ke model ketam itu.
Konsol itu mampu untuk memainkan game seperti biasa. Namun, menurut Ginger, alat kawalan sepit ketam itu tidaklah terlalu selesa untuk dimainkan.

setahun yang lepas