Patapon 1+2 Replay – Patapon kembali!

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Antara siri permainan video irama paling disayangi kembali dengan koleksi Patapon 1+2 Replay.

Bundle ini mempunyai kedua-dua permainan video Patapon termasuk tiga tahap kesusahan baru dan anda boleh mengubah masa menekan butang.

Patapon pada asalnya dilancarkan untuk PSP dan dilancarkan ke PS4 beberapa tahun kemudian.

Bandai Namco kini mengembalikan Patapon ke PS5, Switch dan PC dan tidak lagi menjadi eksklusif di PlayStation.

Foto: Bandai Namco

Untuk yang tidak mengetahui Patapon adalah permainan video irama dimana anda mengawal makhluk-makhluk yang digelar Patapon.

Anda perlu mengikut beberapa irama untuk memberi arahan kepada mereka termasuk berjalan, melompat, mengelak dan menyerang.

Foto: Bandai Namco

Sayangnya Patapon 1+2 Replay hanya mempunyai multiplayer tetapi versi Switch sahaja yang mempunyai fungsi ini.

Patapon 1+2 Replay kini boleh dibeli di PlayStation 5, Switch dan Windows PC.

RELATED NEWS

+