Format MSC di Esports World Cup 2025 kini lebih sengit dan mencabar!

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

MOONTON Games baru-baru ini mengumumkan format terbaru untuk Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Mid Season Cup (MSC) di Esports World Cup 2025 (EWC).

Perubahan kali ini akan merangkumi perlawanan tempat ketiga dan sistem cabutan baru bagi memastikan MLBB berada di tokok global untuk e-sukan kompetitif.

Format ini diperkenalkan untuk menjadikan perlawanan lebih menarik dan tidak dapat diramalkan sekaligus memberi cabaran baru buat semua pemain profesional MLBB.

Perubahan Format:

Wild Card:

Foto: MOONTON Games

Fasa 1 Wild Card kini akan menggunakan format Best-of-Three (BO3) double elimination inter-group (GSL). Format ini akan menggantikan BO1 single-round-robin.

Tambahan lagi, format ini memerlukan pasukan untuk memastikan kemenangan di dalam dan serata group supaya boleh memastikan hanya pasukan terkuat sahaja yang lepas.

Lapan pasukan Wild Card akan dibahagikan kepada dua dimana 4 pasukan teratas akan berlawan dengan kumpulan berasingan secara menyilang.

Ini akan menambah cabaran baharu buat mereka. Pemenang akan berlawan dalam BO5 untuk melayakkan diri ke Group Stage.

Peringkat Kumpulan:

Foto: MOONTON Games

Group Stage akan bertukar dari BO2 single-round-robin kepada format BO3 double-elimination.

Best-of-Three (BO3) akan memastikan kesemua pasukan lebih konsisten dalam membuat keputusan dan prestasi yang lebih baik.

Group Stage akan mempunyai 16 pasukan yang dibahagikan kepada Group A dan Group B.

4 pasukan teratas dari kedua-dua kumpulan akan layak ke Knockout Stage.

Knockout Stage:

Foto: MOONTON Games

Knockout Stage pula akan memperkenalkan mekanik cabutan baharu dimana pasukan yang tidak pernah kalah di Group Stage boleh memilih lawan mereka.

Mekanik ini akan memberikan peluang dan cabaran lebih besar buat pasukan yang memilih dan dipilih.

Pasukan yang mendapat rekod 2-0 boleh memilih pasukan lawan yang mempunyai mata 2-1 untuk pusingan pertama Knockout Stage. Keutamaan akan diberikan kepada pasukan yang mempunyai jumlah masa berlawan paling pendek di Group Stage.

Edisi terbaru ini MSC di EWC 25 akan memperkenalkan perlawanan tempat ketiga untuk melayakkan diri mereka ke podium.

Kesemua perlawanan Knockout Stage adalah BO5 dan Grand Finals akan menjadi BO7.

Foto: MOONTON Games

Jumlah wang terkumpul kali ini juga akan berubah menjadi lebih besar!

Juara MSC di EWC 25 akan membawa pulang RM 4.24 juta!

MLBB Mid Season Cup (MSC) di Esports World Cup 25 dimana Wild Card akan bermula pada 10-13 Julai dan Acara Utama Group Stage dan Grand Finals pada 23 Julai – 2 Ogos 2025!

RELATED NEWS

+