Game kini tidak asing lagi sebagai salah satu rutin harian untuk ramai orang di luar sana.
Walaubagaimanapun, anda pasti tidak lari dari berjumpa dengan pemain-pemain toksik yang mewujudkan suasana tidak baik atau menyenangkan dalam sesi permainan.
Samada anda sendiri yang toksik atau pemain lain yang toksik.
Jadi apa anda perlu buat untuk elak jadi toksik atau ketika berjumpa pemain toksik
1.Optimistik

Foto: MSI Gaming
Jika anda atau pasukan anda sendiri mula menjadi toksik, perkara pertama adalah cuba untuk menjadi lebih optimistik? Mengapa anda kalah? Mengapa anda marah dan tidak berpuas hati?
Sebaiknya lebih baik kita cuba untuk membantu dan menyokon pasukan kita supaya lebih bertenang.
Jika semua orang bertenang sudah semestinya anda akan bermain dengan lebih baik.
2.Guna butang MUTE & BLOCK

Foto: MOONTON Games
Butang yang selalu diendahkan oleh ramai pemain game.
Buat MUTE dan BLOCK sangat penting untuk mengasingkan anda dari orang yang toksik atau diri anda sendiri yang menjadi toksik.
Walaupun permainan memerlukan komunikasi tetapi beberapa permainan mempunyai komunikasi dalam pelbagai cara jadi prestasi anda sebagai pemain tidak akan berkurang.
3.Bermain dengan rakan-rakan

Foto: Stocksy
Cara paling mudah untuk mengurangkan toksik adalah bermain dengan rakan-rakan yang tidak toksik.
Tidak kiralah seorang atau lebih rakan-rakan yang kurang toksik boleh membuat permainan lebih menyeronokkan tanpa memikirkan tekanan yang berat.
4.Bermain permainan single player

Foto: Sandfall Interactive
Tiada yang lebih efektif dari bermain keseorangan dan menyelami diri anda dengan penceritaan dan permainan pengembaraan single player.
Genre seperti RPG, Sandbox, simulasi dan pelbagai genre lagi sesuai untuk permainan bebas toksik.
5.Berehat (Touch Grass)
![]()

Satu lagi cara paling tidak disangka adalah berehat dan tidak bermain game.
Buatlah aktiviti yang lain dari bermain game seperti meluangkan masa bersama keluarga, bersenam, lepak bersama kawan dan pelbagai lagi aktiviti lain.
Dalam erti kata lain keluarlah pegang rumput-rumput di luar.
Apa cara korang untuk mengelakkan toksik ketika bermain game?

setahun yang lepas