Gamer wanita sentiasa menjadi antara pasaran yang sangat jarang diterokai terutamanya minat dan kebolehan mereka untuk turut mengeluarkan duit bagi karakter kesayangan mereka.
Semua ini terbukti sejak Love and Deepspace keluar dan sentiasa mengalahkan banyak permainan video gacha lain yang sentiasa memberi foku kepada karakter lelaki dan penceritaan yang mengasyikkan.
Sejak beberapa tahun ini, industri permainan video gacha telah berubah dengan pertambahan pemain wanita.
Sebelum ini, gacha sentiasa diketahui ramai sebagai permainan untuk pemain lelaki dengan memperkenalkan karakter-karakter ‘waifu’ yang sentiasa cantik dan boleh dikatakan terlalu seksi.
Tetapi kejayaan Love and Deepspace di China membuktikan jika anda memberi fokus kepada potensi pemain wanita yang lebih inklusif termasuk penambahan karakter lelaki ke dalam permainan, menjadikan keuntungan yang besar dan sangat strategik.
Love and Deepspace bukti sedia ada

Foto: Love and Deepspace
Ramai wanita suka bermain permainan video dan gacha sebegini menjadikan lebih ramai wanita mahu mencuba bermain permainan video gacha.
Populariti dan kejayaan Love and Deepspace juga disebabkan terdapat terlalu banyak permainan video gacha yang hanya memberi fokus kepada pemain lelaki sahaja.
Apa yang akan jadi apabila permainan itu mempunyai ramai ‘husbando’ pilihan yang penuh bergaya, hensem dan ditambah dengan sedikit ‘fan service’?
Disebabkan LnD ramai pemain wanita sanggup menghabiskan wang semata-mata untuk mendapat Memory Card karakter lelaki kegemaran.
Fanservice untuk wanita

Foto: Love and Deepspace
Banyak salah faham mengatakan fanservice hanya untuk lelaki sahaja.
Sebenarnya, wanita juga sukakan fanservice cuma fanservice yang berbeza dari lelaki.
Lelaki lebih cenderung kepada karakter yang seksi yang berada dalam posisi yang menjurus kepada perkara tidak baik tetapi wanita lebih suka fanservice yang memberi hubungan emosi, penceritaan yang membuatkan karakter itu seolah-olah benar dan boleh berhubung dengan anda.
Tetapi karakter ‘husbando’ seksi tetap menarik perhatian pemain wanita.
Pembangun permainan video yang sedar akan perkara ini dapat menarik lebih banyak pemain wanita untuk bermain permainan mereka.
Sebagai contoh, Genshin Impact dan Honkai Star Rail walaupun mempunyai karakter lelaki yang menarik, HoyoVerse lebih cenderung untuk mengeluarkan lebih banyak karakter ‘waifu’.
Banyak pembangun dalam industri ini terlepas pandang peminat wanita mereka sendiri yang juga mahukan sokongan buat mereka.
Keuntungan besar?
Seperti dikatakan, kejayaan Love and Deepspace adalah apa yang ramai pemain wanita mahukan terutamanya dalam genre gacha.
Dalam laman web hasil keuntungan permainan video gacha GachaRevenue menunjukkan Love and Deepspace berada di tangga pertama untuk bulan Disember tahun lepas memotong ketiga-tiga gacha dari HoyoVerse.
Bukan senang untuk mengalahkan permainan video gacha HoYoverse tetapi Love and Deepsace membuktikan mereka mampu.

Foto: GachaRevenue
Bukan sahaja wanita bermain permainan ini tetapi lelaki juga ramai yang bermain LnD.
Data ini diambil daripada data yang diperoleh dari data-data yang dikongsi secara terbuka dari laman-laman web revenue tracker.
Mungkin ini masanya untuk industri permainan video gacha untuk berubah dengan idea-idea lama.

setahun yang lepas