Sejak wujudnya permainan video kompetitif, isu toksik dan pembulian siber muncul bersama-sama dengan pemain yang berlawan diantara satu sama lain.
Toksik dalam dalam permainan video adalah perangai negatif yang dibuat dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain dalam interaksi mereka ketika bermain.
Siapa itu gamer toksik?

Foto: Freepik AI
Gamer yang toksik adalah mereka yang mempunyai emosi yang reaktif dan terlalu mengikut perasaan.
Mereka ini lebih suka untuk lebih negatif kerana merasakan tiada siapa kenal mereka di belakang skrin.
Toksik bukan sahaja ada dalam e-sukan tetapi ketika bermain permainan video tidak kiralah permainan video apa yang dimainkan.
Senarai games paling toksik:

Foto: Valve
| # | Game Name | Level of Toxicity | Main Toxic Behavior Traits |
| 1 | CS2 | Sangat Tinggi | Mencaci maki, Merosakkan permainan |
| 2 | League of Legends | Sangat Tinggi | Mengganggu, mencaci-maki di chat |
| 3 | Call Of Duty | Sangat Tinggi | Seksisme, rasisme, makian suara |
| 4 | Dota 2 | Tinggi | Makian suara, rasisme, trolling |
| 5 | Valorant | Tinggi | Seksisme, Mengganggu |
| 6 | Rust | Tinggi | Makian suara, Makian pelbagai bahasa |
| 7 | Fortnite | Tinggi | Toksik di voice chat |
| 8 | Rocket League | Sederhana | Merosakkan permainan, pembulian siber |
| 9 | Overwatch | Sederhana | Makian suara |
| 10 | Minecraft | Sederhana | Trolling |
| 11 | GTA 5 RP | Sederhana | Trolling, Makian suara, gangguan |

Foto: Valve
Tanda-tanda anda toksik:
Jika anda membuat perkara-perkara di bawah ini, ini bermakna anda adalah pemain yang toksik dan merosakkan pengalaman permainan untuk orang lain.
1.Griefing
Pemain yang griefing adalah pemain yang sengaja merosakkan permainan untuk pemain lain disebabkan mereka tidak berpuas hati dengan perkara yang sedang berlaku dalam permainan yang mereka main.
2.Makian
Seperti biasa ini adalah antara perkara toksik paling mudah untuk dibuat oleh orang.
3.Rage Quit
Pemain yang terus bertindak meninggalkan permainan yang mereka main semata-mata untuk merosakkan permainan orang lain. Walaupun ada masanya rage quit adalah perkara yang baik tetapi selalunya tindakan ini menyusahkan pemain lain.
4.Hacking atau Menipu
Pemain yang paling memalukan dalam komuniti. Jika anda tidak bermain secara normal seperti pemain lain, menipu atau meggunakan peranti godam untuk mendapatkan kelebihan ke atas pemain lain adalah memalukan. Bukan sahaja anda akan diharamkan anda juga tidak akan mendapat keseronokan untuk meningkatkan kebolehan permainan anda kerana anda menipu.
5.Troll
Troll boleh menjadi perkara yang melucukan atau menyusahkan. Mengikut keadaan troll boleh menjadi satu hiburan tetapi selalunya trolling boleh menjatuhkan ahli pasukan anda sendiri.
6. Boosting/joki
Boosting atau joki adalah apabila seorang yang mempunyai rank yang lebih tinggi membantu orang lain yang tidak mampu untuk menaikkan ranknya. Orang sebegini tidak mempunyai kelebihan untuk berada di rank yang lebih tinggi. Apabila dia tidak mempunyai tarah kelebihan yang sama, pemain sebegini
7.Smurfing
Smurfing adalah apabila seorang pemain membuat akaun baharu semata-mata untuk merasa hebat dengan mengalahkan orang-orang yang berada di rank yang rendah.
8.Doxxing
Doxxing adalah perkara yang jangan sesekali anda buat. Doxxing adalah apabila anda sengaja mencari maklumat peribadi seseorang itu dan menyebarkannya ke atas talian.
Jika anda antara pemain-pemain yang membuat kesemua perkara ini anda perlu berfikir semula adakah anda toksik atau tidak?

setahun yang lepas