Jika anda memikirkan karakter isekai selalunya mereka ini tersangat overpowered sehingga boleh memenangi siapa sahaja yang mereka lawan.
Tetapi konsep overpowered sebegini tidaklah disukai ramai kerana lambakan versi yang digunakan dalam industri.
Tetapi, tidak semua karakter dari genre isekai sebenarnya overpowered.
Ini 5 Karakter Isekai yang tidak overpowered:
1. Kagome (Inuyasha)

Foto: Sunrise
Kagome hanya mempunyai satu kuasa iaitu untuk menyuruh Inuyasha duduk dan mengikut apa sahaja yang dia mahu.
Tetapi kebolehan hanya pandai menggunakan busur dan panah tidak cukup untuk dia berlawan dengan demon dalam dunia Inuyasha.
Inuyasha sendiri yang terpaksa menjadi tulang belakang untuk melindungi Kagome.
Tidak dilupakan Kagome hanylah seorang budak sekolah yang ke dunia lain.
2 .Itami Youji (GATE)

Foto: A-1 Pictures
Itami Youji adalah ahli kepada tentera Jepun JSDS yang pergi ke dunia lain apabila terdapat gate yang terbuka di Bumi.
Berbanding apa yang ada di dunia fantasi itu, Youji hanyalah seorang askar yang biasa tetapi seorang ketua yang baik.
3. Masato Oosuki (Okaa-san Online)

Foto: J.C. Staff
Masato diajak untuk menyertai satu dunia permainan video bagi merapatkan hubungan dengan ibunya.
Tetapi lebih menarik Masato langsung tidak mempunyai kuasa yang berguna tetapi ibunya pula iaitu Mamako yang mempunyai banyak kuasa sangat overpowered seperti dua pedang yang boleh mengalahkan apa sahaja dengan satu kombo.
4. Haruhiro (Grimgar of Fantasy And Ash)
Foto: A-1 Pictures
Tiada orang yang overpowered dalam dunia Grimgar of Fantasy and Ash.
Dalam dunia fantasi realistik ini, kebolehan pergi ke dunia lain tidak semestinya membuat anda kuat atau mendapat kuasa ajaib dari mana-mana.
Haruhiro hanya seorang ketua dalam kumpulannya dan sebagai seorang Thief, dia hanya perlu menyerang apabila perlu dan membantu ahli pasukannya untuk berjaya.
5. Kazuma (KonoSuba)

Foto: Studio Deen
Ini yang terjadi apabila anda diberikan peluang untuk mendapat kuasa overpowered tetapi tidak.
Marah dengan ejekan Dewi Aqua dari mengambil kuasa yang overpowered, dia sebaliknya membawa Aqua ke dunia itu.
Hanya satu stats sahaja yang selalu membantu Kazuma iaitu Luck tetapi ahli party Kazuma membuatkan stats ini sangat tidak berguna.
Apa yang dia cuba buat hanya mendapatkan kuasa yang serba boleh tetapi tidaklah membantu seperti yang dia sangka.
Siapa lagi karakter anime isekai yang anda rasa tidak overpowered?
Follow kami di WhatsApp, Instagram, Facebook dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

setahun yang lepas