5 anime baru korang patut tengok musim bunga ini!

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Musim baru anime baru dan sudah semestinya akan ada beberapa anime baru yang pasti akan menarik minat anda.

Dari Gundam baru sehingga 2 cerita hero baru.

Ini 5 anime baru korang patut tengok musim ini:

1. To Be Hero X

Donghua animasi dari China yang menggabungkan animasi 2D dan 3D.

To Be Hero X adalah cerita di mana hero memerlukan kepercayaan peminat mereka untuk menjadi hero.

Jika peminat mereka percaya mereka boleh terbang maka mereka boleh terbang. Jika seseorang hero itu hilang kepercayaan mereka akan kehilangan kuasa mereka.

Setiap dua tahun, kesemua hero-hero akan berlawan untuk mendapat ranking hero terbaik bagi mendapat kepercayaan lebih untuk diri mereka.

2. Mobile Suit Gundam: GQuuuuuuX

Entri terbaru buat Gundam selepas Witch From Mercury.

Mobile Suit Gundam: GQuuuuuuX menceritakan seorang budak perempuan bernama Amate Yuzuriha yang hidup aman di sebuah koloni angkasa yang juga tempat tinggalnya.

Semuanya berubah apabila dia terjumpa seorang gadis bernama Nyaan yang membuatkan Amate tertarik dengan perlawanan haram mobile suit yang digelar Clan Battle.

Menggunakan nama Machu, Amate kini menjadi juruterbang untuk GQuuuuuuX.

3. My Hero Academia: Vigilantes

Spin-off kepada cerita My Hero Academia dalam dunia yang sama.

My Hero Academia: Vigilantes menceritakan Koichi Haimawari seorang lelaki yang tidak mempunyai lesen hero tetapi mahu menjadi hero dengan menggunakan Quirknya untuk membantu orang ramai.

Selepas diselamatkan Knuckleduster seorang vigilante (hero tanpa lesen yang sah), Koichi kini menyertai KnuckleDuster untuk menjadi seorang vigilante.

4. Apocalypse Hotel

Manusia kini hilang dari muka Bumi. Tetapi di hotel Galaxy Tower Ginza, Tokyo masih beroperasi dengan baik.

Menceritakan Yachiyo satu robot pekerja hotel bersama-sama pekerja robot yang lain memastikan hotel mereka masih berfungsi.

Walaupun begitu, untuk dunia yang tiada manusia mereka masih menunggu jika seseorang akan datang ke hotel mereka.

5. Sword of the Demon Hunter: Kijin Gentosho

Siri fantasi gelap Sword of the Demon Hunter: Kijin Gentosho menceritakan demon yang wujud di zaman Edo.

Semuanya bermula apabila Jinta watak utama terjumpa dengan seekor demon yang mengatakan demon akan datang menyerang dengan lebih teruk pada masa hadapan.

Jinta kini perlu memberhentikan era demon baharu yang akan terjadi pada masa hadapan.

RELATED NEWS

+