8 Heroes paling Overpowered dalam Marvel Rivals

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Marvel Rivals kini sudah boleh dimain dan mempunyai pelbagai karakter dari tiga jenis classes iaitu Vanguard, Duelist, dan Strategist.

Setiap hero mempunyai kuasa masing-masing dengan keunikan tersendiri.

Tetapi tidak semua hero adalah yang terbaik.

Ini 8 Heroes paling OP dalam Marvel Rivals:

1.Venom

Foto: NetEase

Venom adalah antara Vanguard paling tinggi HP dalam Marvel Rivals.

Dia juga mampu untuk heal dengan tambahan armor dan menyerang dalam jarak sederhana.

Tambahan lagi Venom mempunyai kombo melee yang sangat kuat.

Walaupun Ultimate Venom tidak berapa kuat, tetapi utiliti yang menyebabkan musuh berpecah menjadikannya sangat berguna.

2.Doctor Strange

Foto: NetEase

Vanguard paling kuat setakat ini dalam Marvel Rivals.

Doctor Strange mampu meninggalkan portal untuk teleport ke musuh dan juga membuat shield yang besar.

Dia juga mempunyai AOE stun dan berkeupayaan untuk terbang di arena.

Eye of Agamotto Ultimate juga akan stun musuh dan membuatkan damage berterusan kepada mereka.

3.Hawkeye

Foto: NetEase

Sangat menarik untuk peminat Hanzo dari Overwatch, Hawkeye mempunyai serangan arrow yang sangat kuat dengan damage yang sangat konsisten.

Dia juga mempunyai serangan untuk menolak musuh yang datang mendekatinya disamping menggunakan skill itu untuk membidas serangan musuh.

Ultimate Hawkeye sangat kuat dimana musuh akan meninggalkan afterimages dimana anda boleh serang afterimages itu dan membuat damage terus ke musuh.

4.Moon Knight

Foto: NetEase

Antara hero paling sukar untuk digunakan dengan efektif dalam Marvel Rivals.

Moon Knight memerlukan anda untuk membidas serangan musuh kembali kepada mereka dan anda boleh membunuh musuh bernyawa sedikit dengan sangat mudah.

Pergerakan Moon Knight juga membuatkan dia sukar untuk ditangkap.

Ultimate Moon Knight boleh digunakan untuk membuat damage dalam satu kawasan.

5.Hela

Foto: NetEase

Hela boleh dikatakan hero yang menjadi sangat kuat jika anda seorang pemain yang handal.

Dia menggunakan senjata yang tinggi damage disamping Thorns yang boleh membuat burst damage yang tinggi.

Hero ini juga boleh bertukar menjadi gagak untuk membaiki posisinya.

Ultimate Hela walaupun membuatkannya terdedah tetapi mempunyai damage yang sangat tinggi.

6.The Punisher

Foto: NetEase

Punisher boleh menjadi sangat kuat dengan banyak damage hitscan.

Dia juga mempunyai turret yang boleh mengalahkan musuh dengan mudah.

Keupayaan untuk mengawal kawasan dan objektif juga membuatkan dia mudah untuk digunakan.

Ultimate Punisher membenarkan dia menyerang musuh dengan damage yang tinggi.

7.Jeff The Land Shark

Foto: NetEase

Antara hero Strategist paling kuat sekarang.

Ultimate Jeff boleh mengubah terus perlawanan kerana dia mampu untuk memakan banyak musuh serentak dan membawa mereka jauh dari objektif.

Dia juga mempunyai buih-buih heals untuk semua orang.

8. Rocket Raccoon

Foto: NetEase

Rocket mempunyai kit yang sangat berbagai.

Dia mampu memberikan Bucky dan The Punisher ammo unlimited disamping memberikan shield kepada pasukan.

Dia juga mampu memberikan buff kepada ahli pasukan dan juga menghidupkan kembali ahli pasukan yang telah mati.

Walaupun pergerakan Rocket tidak terlalu bagus tetapi dia bakal menjadi sasaran yang sangat penting apabila dijumpai musuh.

Hero-hero mana lagi dalam Marvel Rivals yang anda rasa sangat overpowered?

RELATED NEWS

+