Meta perkenal kaca mata augmented reality digelar Orion

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Pelantar Meta, syarikat induk Facebook memperkenalkan prototaip pertama kaca mata augmented reality (AR) yang diberikan nama kod Orion.

Kaca mata AR ini diumumkan oleh Mark Zuckerberg selaku Ketua Esekutif Meta pada 25 September lepas.

“Ini adalah dunia fizikal yang ditambah dengan hologram di atas,” kata Zuckerberg ketika pengumuman ini.

Foto: Meta

Zuckerberg juga mengatakan kaca mata ini boleh menjadi mesin masa sekilas pandang untuk masa hadapan.

Meta juga mahukan produk ini menjadi lebih kecil, lebih menarik dan murah.

Foto: Meta

Produk ini dijangka akan dijual pada tahun 2027 dan mengharapkan banyak perubahan besar yang akan berlaku pada masa hadapan nanti.

Orion juga mempunyai fungsi chatbot artificial intelligence (AI) dan versi baharu buat Quest yang juga merupakan set kepala dengan keupayaan AR.

Adakah Orion bakal menjadi produk yang dinanti-nantikan buat peminat AR?

RELATED NEWS

+