Gaming Trends, satu pelantar yang dipandukan data yang digunakan untuk meramal arah industri permainan video dan hiburan."> Gaming Trends, satu pelantar yang dipandukan data yang digunakan untuk meramal arah industri permainan video dan hiburan." /> Gaming Trends, satu pelantar yang dipandukan data yang digunakan untuk meramal arah industri permainan video dan hiburan." />

93% Gen Alpha lebih gemar main game di mobile

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Baru-baru ini IGN Entertainment telah melancarkan Gaming Trends, satu pelantar yang dipandukan data yang digunakan untuk meramal arah industri permainan video dan hiburan.

Dengan lebih 500 juta orang dari 110 negara, IGN mempunyai pelantar yang sangat besar untuk mewujudkan trend data sebegini.

Permainan Video Mobile Adalah Raja

Berdasarkan laporan dari gamesindustry, permainan video mudah alih menjadi pelantar pilihan untuk bermain game.

93 % generasi Alpha lebih suka bermain game di telefon mereka menurut kajian ini.

Minat bermain game di telefon juga semakin meningkat untuk generasi Milenial dimana 32% lebih cenderung untuk bermain di peranti mudah alih.

Fortnite returned to the App Store in May

Menurut John Davison, Naib Presiden IGN, dia mengatakan lebih 81 juta orang bermain Fortnite di Switch dan perkara ini melebihi jumlah pembelian Mario Kart 8 Deluxe yang hanya terjual sebanyak 68 juta unit sahaja.

Industri permainan video kian berubah saban tahun dan pendekatan untuk menarik minat para gamers juga sangat berbeza jika hendak dibandingkan dengan 5-10 tahun lalu.

Monopoli Lebih Besar

Call of Duty dan Counter-Strike kini boleh dikatakan sebagai Roblox untuk ‘boomer’.

Untuk ramai orang CoD dan CS adalah hanya permainan video yang mereka main sama seperti pemain yang hanya bermain FIFA/Efootball.

Foto: Activision

Menurut laporan dari newzoo, 5 permainan video iaitu Call of Duty, Counter-Strike, Fortnite, League of Legends dan Minecraft telah menjadi lima permainan video terbesar yang merangkumi 30% dari kesemua jumlah bermain permainan video lain.

Roblox sahaja telah berjaya memecah rekod dengan lebih 45 juta pengguna bulan lepas.

Foto: Roblox

Bayangkan Grow A Garden di Roblox sahaja lebih besar dari Fortnite dan lebih besar dari semua pengguna serentak Steam. Permainan itu sahaja berjaya mencapai 22 juta jumlah pemain serentak.

Kesetiaan Pengguna Kini Bertukar

Foto: HitBerry Games

Golongan milenial dan generasi X sangat setia dengan pelantar atau genre yang mereka bermain.

Tetapi orang muda sekarang lebih setia kepada pengalaman permainan video mereka.

Generasi muda ini tidak lagi dipanggil sebagai ‘gamers’ tetapi pemain yang hanya bermain satu game spesifik sahaja.

Malah di Malaysia sahaja menunjukkan hanya beberapa permainan video seperti Mobile Legends: Bang Bang dan PUBG Mobile, Free Fire mendominasi pasaran tempatan.

Mereka tidak lagi mahu bermain atau mencuba permainan video lain.

Hanya Sebahagian Dari Majoriti

Industri permainan video tidaklah sebesar yang disangka.

Dalam industri filem dan televisyen siri-siri yang hebat seperti Shogun, The Bear, The Traitors dan pelbagai lagi yang lain masih berada di belakang Squid Games.

Perkara yang sama ini berlaku dalam industri permainan video. Apabila permainan video yang hebat dilancarkan, mereka sentiasa memberi fokus kepada satu sasaran sahaja.

Jika permainan itu bagus dan membesar barulah orang lain akan berminat untuk mencuba permainan itu. Contoh yang boleh ditunjuk baru-baru ini adalah Clair Obscur: Expedition 33.

Foto: Circana

Tetapi jika anda melihat carta Video Game Market Highlights dari Circana ini, Clair Obscur: Expedition 33 tidak tersenarai langsung dalam 20 permainan video paling tinggi pembeliannya.

 

Data ini telah dikongsikan Mat Piscatella (Circana) di BlueSky.

Konklusi

Bagi majoriti kanak-kanak di luar sana, kebarangkalian untuk meminta dan mendapatkan telefon baharu lebih mudah  berbanding cubaan menyakinkan ibu bapa untuk membeli konsol atau PC.

Demografik permainan video juga kian bertukar, permainan video yang mempunyai fokus tertentu patut wujud untuk kemajuan industri permainan video walaupun didominasi permainan video yang lebih besar.

Fokus yang berbeza-beza sedikit sebanyak membantu industri ini membawa satu perspektif yang baru.

RELATED NEWS

+