Gamers PC hanya guna 8% masa mereka untuk bermain game baharu tahun lepas

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Lebih ramai orang bermain permainan video PC sekarang tetapi lebih ramai juga bermain permainan video yang lama berbanding yang baru.

Menurut laporan dari Newzoo firma penyelidik pasaran, hanya 8% masa bermain game PC digunakan untuk bermain permainan video baharu yang dikeluarkan pada tahun 2024.

Dilaporkan oleh VGC, walaupun terdapat banyak jam untuk bermain permainan AAA tetapi lebih ramai orang menggunakan masa mereka bermain permainan video lama.

Dalam pembentangan bertajuk “The State of PC and Console Games in 2025,” yang melihat tabiat pemain di PC dan konsol menjumpai pemain PC lebih banyak bermain permainan video yang berusia 6 tahun ke atas seperti Roblox, League of Legends, dan Fortnite.

Permainan sebegini merangkumi lebih 67% masa permainan di PC. Ini juga termasuk permainan video yang berumur 2-5 tahun dengan 25%.

Foto: Freepik

Bagi permainan video yang keluar pada tahun 2024 seperti Helldivers II, Metaphor: ReFantazio dan Black Myth: Wukong hanya merangkumi 8% sahaja.

Bagi konsol pula, 44% masa telah digunakan untuk bermain permainan video yang telah keluar 6 tahun lalu. Manakala 49%  masa tersebut digunakan di Xbox. Tetapi pemain-pemain konsol menggunakan masa lebih lama untuk bermain permainan video yang keluar pada tahun 2024.

Impak untuk trend di mana permainan video baharu, walaupun sangat bagus dan baik tidak semestinya akan menjadi yang terbesar atau menarik perhatian lebih ramai pemain.

RELATED NEWS

+