Apple kini dalam pelan untuk melancarkan satu aplikasi khas buat permainan video di iPhone, iPad, Mac dan Apple TV tahun ini.
Aplikasi ini akan mengetengahkan fungsi seperti achievement, leaderboards dan komunikasi. Disamping itu, aplikasi Game Center akan digantikan dengan aplikasi baharu ini.
Menurut Apple, aplikasi ini akan diumumkan di Apple Worldwide Developers Conference 9 Jun ini.

Foto: Apple
Apple juga baru-baru ini memperolehi studio RAC7 Games yang membangunkan permainan seperti Sneaky Sasquatch.
Walaubagaimanapun, Apple setakat ini masih tidak berjaya untuk mendapatkan lebih ramai pengguna dan permainan video terutamanya di Mac apabila ramai tidak berharap dengan kuasa Mac untuk bermain permainan video seperti PC Windows.
Apple masih belum memberi apa-apa maklumat lanjut untuk pelan aplikasi ini.

setahun yang lepas